Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua warga dituduh meletak grenad mainan di tempat awam

Oct 24, 2018 | 08:15 PM



Dua lelaki warga Singapura berusia 58 tahun dihadapkan ke mahkamah hari ini (24 Oktober) selepas mereka didakwa meletakkan grenad mainan di tempat awam dengan niat menipu orang lain bahawa alat itu akan meletup.



Ho Hee Hew dan Elankovan Marimuthu masing-masing menghadapi satu kesalahan di bawah Akta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan sama ada kedua-dua lelaki itu bersekongkol.



Ho dituduh meletakkan sebuah beg berwarna cokelat dengan grenad mainan di Pintu Keluar A di stesen MRT Clarke Quay sekitar 4.30 petang pada 16 September tahun lalu.



Dalam satu kenyataan semalam, polis berkata pegawai diberitahu tentang kes itu sekitar 30 minit kemudian.



Secara berasingan, Elankovan dikatakan meletak grenad mainan di sebelah pili bomba di Taman Istana pada 3 November tahun lalu.



Grenad mainan itu dialihkan sekitar 5.20 petang pada hari sama.



Kedua-dua lelaki ditawarkan ikat jamin $5,000 hari ini.



Elankovan akan kembali ke mahkamah pada 7 November manakala persidangan sebelum perbicaraan Ho akan diadakan lapan hari kemudian.



Jika didapati bersalah, setiap lelaki boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda sehingga $500,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >