Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua warga Malaysia ditangkap di Pelabuhan Jurong, bawa cecair disyaki mengandungi dadah

Dec 22, 2019 | 03:53 PM



DUA warga Malaysia berusia 35 tahun dan 38 tahun ditangkap setelah beberapa botol cecair berwarna coklat, yang disyaki mengandungi dadah, ditemui di dalam sebuah lori di Pelabuhan Jurong.



Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menemui empat botol cecair yang dipercayai merupakan kratom dalam lori berdaftar Malaysia yang membawa besi pada 10 Disember lalu.



Kratom mengandungi Mitragynine dan 7-Hydromitragynine yang merupakan dadah terkawal Kelas A.



Dua lagi botol yang mengandungi sisa cecair yang sama juga ditemui di bawah dan di belakang kerusi pemandu, kata ICA dalam satu pos di Facebook.



Sesiapa yang didapati membawa masuk dadah terkawal Kelas A ke dalam Singapura boleh dipenjara sekurang-kurangnya lima tahun dan disebat sekurang-kurangnya lima kali.



Mereka juga boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan disebat sehingga 15 kali, menurut The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >