Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua warga Singapura dihukum penjara di luar negara kerana dadah

Feb 13, 2017 | 09:22 AM



DUA warga Singapura ditangkap menyeludup dadah telah dipenjarakan dalam kes berasingan di New Zealand dan Australia.

Mohamad Nazjib Abdul Majit berkata dia cuba menyeludup 100g methamphetamine dalam seluar dalamnya kerana tekanan kewangan yang berkaitan dengan perniagaannya.

Dia ditangkap pada Mac tahun lepas oleh pegawai kastam di Lapangan Terbang Auckland.

Dalam penghakimannya pada 1 Feb, Hakim Mahkamah Daerah New Zealand S. Patel berkata penahanan dan kesalahan Nazjib menimpakan kesusahan kewangan dan menjejas keluarganya di Singapura. Hakim mengambil kira perkara ini semasa menjatuhkan hukuan 30 bulan penjara ke atasnya.

Nazjib dihubungi pembekal dadah berpangkalan di New Zealand Thomas Cheng melalui telefon dan media sosial. Cheng mencadangkan Nazjib menyeludup 200g dadah ke New Zealand dengan bayaran NZ $4,000 ($4,100) tetapi Nazjib enggan.

Mahkamah menyatakan Nazjib merupakan pesalah pertama yang akan mempunyai 'masalah besar' menjalani hukuman penjara di New Zealand kerana dia tidak mempunyai sokongan keluarga di sana.

Nazjib boleh dihukum penjara 54 bulan. Hakim memberi diskaun 12 bulan kerana kesusahan yang dihadapi sebagai orang asing dan diskaun lagi 12 bulan kerana awal telah mengaku bersalah.

Lum Fook Loong, 59 tahun, gagal meyakinkan mahkamah di Australia Barat bahawa dia membantu menjual methylamphetamine sebanyak dua kali pada 2011 kerana ancaman terhadap keluarganya.

Lum membantu menjual sebanyak 56g kristal putih dalam dua penghantaran dengan mendapat A$28,500 ($31,100).

Mahkamah rayuan di Australia Barat berkata Lum pada mulanya tidak mahu terlibat menghantar dadah kerana berasal dari Singapura yang mengenakan hukuman mati atas kesalahan dadah.

Tetapi dia mendakwa bersetuju melakukannya apabila pesalah utama, seorang lelaki yang menggunakan beberapa nama termasuk Jacky, mengancam keluarganya.

Lum berkata dia mengalami masalah hutang dan Jacky mengugut mencederakan anaknya jika dia enggan mengiri dadah. "Dia mengugut anak saya. Itu perkara terburuk. Saya tiada pilihan," katanya di mahkamah.

Tetapi juri itu tidak yakin bahawa Lum menghadapi tekanan. Dia didapati bersalah dan dihukum penjara empat tahun oleh sebuah mahkamah daerah pada Disember 2015.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak rayuan Lum minggu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >