Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua warga Singapura dikenakan denda komposisi $4,400 kerana membeli rokok kontraban

Jul 06, 2019 | 04:59 PM



KASTAM Singapura mengenakan denda komposisi terhadap dua lelaki Singapura berjumlah $4,400 secara keseluruhan kerana membeli rokok kontraban, dan telah memberkas seorang lagi yang telah menjual rokok tersebut di Ang Mo Kio Avenue 4 Selasa lalu



Sebanyak 725 bungkusan rokok dirampas dari lelaki tersebut, dan dia didapati mengelak bayaran cukai $6,340 dan cukai barangan dan perkhidmatan untuk rokok sebanyak $460, menurut Kastam Singapura dalam pos di Facebook Jumaat lalu. 



Pegawai telah melihat lelaki berusia 37 tahun itu menyerahkan bungkusan rokok tanpa cukai kepada dua pembeli dan melakukan pemeriksaan terhadapnya.



Mereka mendapati 137 bungkusan rokok kontraban dalam beg dan kotak kepunyaan penjual tersebut. 



Pegawai menjalankan pemeriksaan lanjut di flat HDB penjual dan mendapati 588 bungkusan rokok tanpa cukai. 



Lelaki itu didakwa di mahkamah Khamis lalu. 



Kastam Singapura menambah kededua pembeli warga Singapura dikenakan denda komposisi sebanyak $3,600 dan seorang lagi dikenakan $800. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >