Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua warga Singapura ditahan di bawah ISA kerana terlibat dalam kegiatan pengganasan

Nov 09, 2017 | 04:44 PM



TIGA warga Singapura ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) antara September dan November, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) yang dikeluarkan hari ini. 



Abu Thalha Samad, 25 tahun, merupakan seorang anggota pengganas Jemaah Islamiyah. 



Pada Ogos tahun ini, dia ditangkap di bawah ISA kerana terlibat dalam pertubuhan pengganas selepas MHA bekerjasama dengan pemerintah serantau untuk menghantarnya ke Singapura. 



Beliau telah dikenakan Arahan Penahanan untuk tempoh dua tahun pada September tahun ini. 



Adzrul Azizi Bajuri, 19 tahun, merupakan bekas anggota Perkhidmatan Negara (NS) yang berkhidmat sebagai Pembantu Logistik dalam NS. 



Dia terpengaruh dengan unsur-unsur radikal dan merupakan penyokong kumpulan pengganas ISIS. 



Mulai Ogos 2017, dia mula meragui kesahihan ideologi ISIS dan taktik ganasnya. 



Dia dikenakan Arahan Sekatan pada September tahun ini dan dikehendaki menjalani kaunseling. 



Munavar Baig Amina Begam, berusia 38 tahun, adalah seorang suri rumah dan warga Singapura yang berasal dari India. 



Dia seorang penyokong ISIS dan menyimpan hasrat untuk pergi ke zon konflik untuk menyertai ISIS.



Amina dikenakan Arahan Penahanan untuk tempoh dua tahun pada November tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >