Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:26
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

Dua warga Singapura ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri Julai lalu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Dua warga Singapura ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri Julai lalu

Sep 07, 2017 | 04:12 PM

DUA warga Singapura ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Julai lalu, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) hari ini (7 September).

Imran Kassim, 34 tahun, dikeluarkan dengan Perintah Tahanan (OD) kerana berniat melakukan keganasan bersenjata di luar negara.

Imran telah radikal oleh propaganda ganas kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).

Pandangan radikal dan pro-militannya menarik perhatian orang yang rapat dengannya, yang kemudian melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Shakirah Begam Abdul Wahab, 23 tahun, menerima Perintah Sekatan (RO) kerana memulakan dan mengekalkan hubungan dengan pejuang pengganas asing.

Shakirah, yang bekerja sebagai penolong pentadbiran, secara aktif memulakan hubungan dalam talian dengan pejuang pengganas asing ISIS yang beroperasi di zon konflik.

Dia memulakan aktiviti pada tahun 2013 apabila dia mengetahui tentang konflik Syria melalui laporan media arus perdana dan sumber dalam talian.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3