DUA warga Singapura telah menjadi mangsa rompakan bersenjata dengan seorang dilaporkan cedera parah semasa mengepam minyak di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, kelmarin.
Seorang dari dua perompak itu dipercayai mempunyai senjata api semasa melakukan rompakan itu.
Mangsa, seorang bapa, cedera teruk apabila salah seorang perompak itu menggunakan tukul besi untuk memukul kepala beliau.
Ketika itu, beliau bersama anak lelakinya.
Menerusi laman Facebook, anak lelakinya itu, yang dikenali sebagai Afiq Asmuni, berkata beliau dan bapanya kini dalam keadaan baik, namun mereka masih trauma akibat kejadian tersebut.