DUA warga Singapura, Mohamed Kazali Salleh dan Hazim Syahmi Mahfoot, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Januari 2019 atas penglibatan mereka dalam aktiviti berkaitan keganasan.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) mengumumkan demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.
Kazali, 48 tahun, seorang ahli perniagaan yang berasas di Malaysia, merupakan sekutu rapat kepada militan ISIS yang berpangkalan di Syria, Wan Mohd Aquil bin Wan Zainal Abidin @ Akel Zainal.
Akel dipercayai pejuang ISIS Malaysia yang paling tua di Syria, dan dikenal pasti oleh pihak berkuasa Malaysia sebagai yang bertanggungjawab bagi dua plot serangan berkaitan ISIS baru-baru ini di Malaysia.
Hazim, 28 tahun, pekerja pengeksport kereta bebas yang berpangkalan di Singapura, bertemu Kazali pada Mei 2018 di sini.
Mereka mempunyai urusan perniagaan dan dengan cepat menjalin hubungan persahabatan peribadi. Hazim dipengaruhi oleh pandangan radikal Kazali.
Kazali dan Hazim diberi Perintah Penahanan (OD) pada Januari 2019.