Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua warga S'pura hadapi tuduhan menipu 8 bank bagi pinjaman AS$340j

Jun 12, 2020 | 03:15 PM



DUA bekas pekerja pembekal produk minyak mentah dihadapkan di mahkamah daerah hari ini kerana terlibat dalam kes menipu melibatkan pinjaman lebih dari AS$340 juta ($470 juta).



Ong Ah Huat, 60 tahun, adalah mantan ketua pegawai kewangan Coastal Oil Singapore, dan Huang Peishi, 33 tahun, pernah menjadi pengurus perbendaharaan di firma itu.



Polis mengatakan dalam satu kenyataan semalam (11 Jun) bahawa kedua-dua warga Singapura itu diduga membuat kontrak penjualan palsu sebelum menyerahkannya kepada lapan bank, untuk mendapatkan pembiayaan antara bulan Julai 2017 hingga Disember 2018.



Menurut dokumen mahkamah, bank-bank tersebut merangkumi China Merchant Bank dan Standard Chartered Bank, Hong Kong.



Ong menghadapi sebanyak 58 tuduhan, termasuk 44 tuduhan sebagai sebahagian daripada konspirasi untuk melakukan pemalsuan dengan tujuan menipu.



Ikat jaminannya ditetapkan sebanyak $100,000 hari ini.



Huang menghadapi sejumlah 63 pertuduhan untuk kesalahan serupa dan jaminannya ditetapkan sebanyak $50,000.



Kes mereka ditangguhkan hingga 10 Julai ini.



Bagi setiap tuduhan menipu, pesalah boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >