Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Duduk di rumah selepas jalani swab: AP

May 25, 2021 | 05:30 AM



PENDUDUK yang telah menjalani ujian swab harus cuba untuk terus duduk di rumah sehingga mereka terima hasil ujian tersebut.



Demikian menurut Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Desmond Tan berhubung blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Pasir Ris yang diminta menjalani ujian swab selepas empat kes Covid-19 dikesan dalam dua isi rumah berbeza di blok tersebut.



Kesemua 243 penduduk telah diminta menjalani ujian swab sebagai langkah berjaga-jaga demi memastikan penduduk Blok 559, Pasir Ris Street 51, itu selamat.



"Penduduk juga harus terus memantau kesihatan dan mendapatkan rawatan perubatan jika kurang sihat," katanya di Facebook.



Beliau berkata penghantaran barangan dan khidmat seperti gas silinder, makanan dan kerja-kerja pembaikan di rumah penduduk masih boleh terus dilakukan dengan memastikan langkah pengurusan selamat serta pemakaian pelitup.



"Kami menggesa pembekal khidmat untuk terus memberikan khidmat mereka kepada penduduk dan menyokong warga Singapura kita," katanya lagi.



Menurut Encik Tan yang mewakili blok Pasir Ris itu, 79 unit di sana terdiri daripada pasangan muda hingga keluarga berbilang generasi.



Beliau menambah penduduk di blok lain di kawasan itu tidak perlu menjalani ujian kecuali jika mereka telah mengunjungi isi rumah di blok tersebut sejak 2 Mei.



Encik Tan yang juga Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kemampanan dan Sekitaran), berkata beliau bagaimanapun kagum dengan semangat gotong-royong yang ditonjolkan masyarakat di kawasan itu.



Menurutnya, beliau telah menerima pelbagai pertanyaan, maklum balas dan saranan bernas bagaimana untuk memperbaiki keadaan Covid-19 di blok tersebut.



"Ramai yang prihatin tentang pembersih Majlis Bandaran dan perlindungan buat mereka apabila melakukan proses pembasmian kuman. Kami akan memastikan prosesnya selamat," katanya.



Selain itu pemimpin akar umbi menyarankan untuk menunjukkan sokongan bagi penduduk blok itu sama ada dengan membeli makanan, memberikan sanitiser atau tidak mengetepikan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >