PEMERINTAH Singapura menggesa penduduk setempat supaya mengelak kunjungan ke pusat beli-belah melainkan ada keperluan menyusuli langkah kawalan yang diperluas berkuat kuasa bagi menyekat wabak Covid-19.
Dalam satu kiriman WhatsApp oleh Gov.sg semalam, pemerintah menasihati orang ramai supaya duduk di rumah dan hanya pergi ke pusat membeli-belah untuk urusan penting seperti mendapatkan makanan.