Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dugong terancam tetap kelihatan di perairan S'pura walau trafik kapal tinggi: Kajian

Nov 01, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN adanya trafik perkapalan yang tinggi dan kerja penebusgunaan tanah selama beberapa dekad, kawasan timur Selat Johor terus menjadi tempat tumpuan bagi haiwan laut dugong yang sangat terancam di rantau ini, demikian dapatan satu kajian baru-baru ini.



Berdasarkan penampakan dugong berhampiran Singapura selama lebih 200 tahun, kajian oleh saintis Universiti Nasional Singapura (NUS) mendapati 65 peratus pemerhatian dugong dalam tempoh 25 tahun lalu - 31 daripada 48 rekod - berlaku di timur Selat Johor, salah satu laluan perkapalan tersibuk di dunia.



Kajian itu menyatakan bahawa mamalia itu kerap mengunjungi kawasan tersebut walaupun terdapat dua pelabuhan antarabangsa - Pasir Gudang, di Malaysia, dan Dermaga Sembawang Singapura - dan sejumlah besar ladang berasaskan laut di perairan itu, yang kali pertama dikenal pasti sebagai tempat penampakan banyak dugong oleh Sir Stamford Raffles pada 1820.



Daripada 60 pemerhatian yang memperincikan lokasi tertentu dugong yang dilihat berhampiran Singapura, 42 berlaku di sekitar Pantai Changi, Pulau Tekong dan Pulau Ubin.



Pembangunan kawasan pantai, seperti penambakan tanah, dan aktiviti manusia yang tinggi di ruang laut telah menyebabkan penurunan bilangan dugong di seluruh Asia Tenggara.



Di rantau ini, kehilangan habitat pantai adalah yang paling besar di Singapura.



Populariti di timur Selat Johor dalam kalangan dugong mungkin disebabkan oleh banyak teluk cetek yang sesuai untuk melahirkan dan membesarkan anak.



Ini selain ketersediaan padang rumput laut yang dijadikan bahan makanan dugong, ujar kumpulan pengkaji kajian itu dalam satu kenyataan kepada The Straits Times.



Penyelidikan mereka mengenai kesan pembangunan pantai dan peningkatan penggunaan ruang laut oleh manusia ke atas populasi dugong di sepanjang garis pantai Selat Johor dan Selat Singapura telah diterbitkan dalam jurnal saintifik Frontiers pada 20 September lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >