Duit mahu, bakti pun perlu
Kamal Dollah menang trofi Seniman Tahun Ini dari Kelab Rotary S'pura, anugerah cemerlang bagi individu guna bakat untuk masyarakat
Jul 07, 2019 | 05:30 AM
SEPERTI kebanyakan seniman, Encik Kamal Dollah sukar meletakkan harga pada hasil kerja seninya.
Bahkan syarikat yang ditubuhkannya, Kamal Arts Ltd, merupakan syarikat tanpa keuntungan yang disokong Majlis Seni Kebangsaan (NAC).