Dulu bergasak, kini memasak
Pertandingan Kemahiran Sedunia (WorldSkills) Singapura akan berlangsung dari 7 hingga 9 Julai ini dan bakal mempersembah bakat-bakat muda tempatan dalam pelbagai kategori. Pemenang pertandingan berpeluang mewakili Singapura di Abu Dhabi tahun depan dan akan bertanding dengan peserta dari seluruh dunia. Pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik yang dipilih kini giat membuat persiapan ke pertandingan. Ikuti laporan FARAH MOHD REZAL (rfarah@sph.com.sg).
Jul 04, 2016 | 05:30 AM
Bekas pemain ragbi antara dua terpilih wakili poly dalam pertandingan kulinari WorldSkills
SEMASA menuntut di sekolah menengah, Encik Muhammad Danial Suboh giat mewakili sekolahnya dalam pertandingan ragbi. Kini, Encik Muhammad Danial, 19 tahun, perlu mempamerkan kemahiran yang jauh berbeza.