Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dulu gemuk kini pemuda berada dalam unit komando terbaik

Jun 29, 2017 | 05:30 AM



KETIKA berada di sekolah rendah dan menengah, berat badannya berlebihan.



Beliau kemudiann melakukan perubahan yang besar kepada dirinya.



Kini, Koperal Muhammad Haidhir Jasmani, 20 tahun, berkhidmat dalam Batalion Komando Pertama (1 Cdo Bn) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Tahun ini, 1 Cdo Bn mengekalkan kedudukannya dengan memenangi Anugerah Unit Penggempur Terbaik (Best Combat Unit) bagi Peraduan Unit Terbaik SAF.



Sejak peraduan itu diperkenal pada 1969, 1 Cdo Bn telah diiktiraf sebanyak 31 anugerah.



Koperal Haidhir berbangga unitnya telah memenangi anugerah tersebut kerana ia bermakna kerja kerasnya ketika latihan dan misi berhasil.



"Latihan di sini mencabar dan saya perlu sentiasa mendorong diri saya menguatkan ketahanan mental dan fizikal.



"Pengalaman di sini mengingatkan saya ketika saya bersekolah di menengah empat.



"Pada waktu itu, saya sedar tahap kecergasan saya jauh berbeza berbanding teman saya yang berada dalam Pasukan Kadet Nasional (NCC).



"Saya terfikir, apabila mereka perlu menjalani perkhidmatan negara nanti, mereka akan lebih bersedia daripada saya kerana stamina mereka yang kuat," kata beliau, yang menuntut di Sekolah Menengah Pasir Ris.



Pemikiran itu telah mendorongnya mengurangkan berat badannya dengan kerap ke gimnasium.



Apabila beliau menuntut di Maktab Rendah Tampines pula, beliau menyertai Kelab Kesihatan dan Kecergasan.



"Pada waktu itu, untuk mencapai matlamat kesihatan saya, saya harus mempunyai daya tahan dan ini sama seperti situasi saya sekarang," ujarnya.



Koperal Haidhir mengakui bahawa latihan yang dilaluinya di kem lebih mencabar daripada misi sebenar.



Antara latihan yang dilaluinya adalah senaman Cabaran Komando yang merupakan latihan litar.



Bagi cabaran tersebut, Koperal Haidhir perlu menterbalikkan tayar seberat 120 kilogram dan berlari sejauh 400 meter sambil mengangkat beg pasir seberat 15 kilogram.



Senaman Cabaran Komando dilakukan sekitar dua kali seminggu.



Koperal Haidhir, yang mempunyai dua lagi adik-beradik berusia 24 dan 26 tahun, merupakan pakar senjata unitnya.



Beliau perlu mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai senjata dan penggunaannya.



Ketika teringatkan pertama kali beliau melakukan operasi turun daripada udara, beliau berkata latihannya telah membina keyakinan dirinya.



Beliau memikirkan kesemua kemungkinan buruk yang boleh berlaku apabila beliau melompat daripada pengangkutan udara seperti helikopter dari ketinggian 1,000 kaki.



"Saya membayangkan payung terjun saya rosak dan saya berasa sangat takut.



"Namun, saya menguatkan semangat dan memberanikan diri supaya saya dapat menamatkan misi tersebut.



"Operasi itu sebenarnya telah menguji ketahanan mental lebih daripada ketahanan fizikal saya," katanya yang telah berjaya melakukan operasi tersebut sebanyak lapan kali.




"Latihan di sini mencabar dan saya perlu sentiasa mendorong diri saya menguatkan ketahanan mental dan fizikal."
- Koperal Muhammad Haidhir Jasmani, 20 tahun, pakar senjata dalam Batalion Komando Pertama (SAF). Antara latihan yang dilaluinya adalah senaman Cabaran Komando yang antara lain memerlukan beliau menterbalikkan tayar seberat 120 kilogram dan berlari sejauh 400 meter sambil mengangkat beg pasir seberat 15 kilogram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >