DAHULU, Encik Mohamed Farhan Mohamed Rafi sering ponteng sekolah sehingga pernah meraih kurang daripada satu mata Gred Purata Mata (GPA). Mata penuh GPA ialah empat. Akhirnya, beliau berhenti sekolah.
Namun kini, anak kedua daripada keluarga tiga beradik itu bukan sahaja bakal tamat pengajian di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), bahkan berjaya meraih biasiswa.