Dulu 'karat' cakap Melayu, kini selesa sertai Perbayu

BELIAU pernah berasa janggal berinteraksi dengan orang Melayu, namun kini Cik Zalifa Ithnin merupakan Ketua Budaya Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu Universiti Teknologi Nanyang (NTU Perbayu).

Cik Zalifa, 22 tahun, berkongsi dengan akhbar ini baru-baru ini bahawa beliau dahulunya kekok berinteraksi dengan orang Melayu kerana merasakan bahasa Melayunya sudah 'karat' setelah sekian lama tidak menggunakannya.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto