Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Dulu kurang minat bahasa Melayu, kini mahu jadi cikgu

Aug 05, 2022 | 05:30 AM

SEPERTI ramai anak muda Melayu hari ini, Cik Qistina Muhamad Ja'afar pada mulanya tidak begitu berminat ataupun tertarik mengenali bahasa Melayu dengan lebih mendalam.

Namun, semua itu berubah setelah beliau mula mengambil mata pelajaran sastera Melayu semasa di maktab rendah.

Hasil bimbingan dan tunjuk ajar gurunya, Cik Qistina mula jatuh cinta dengan keindahan sastera Melayu selepas membaca pelbagai cerpen dan sajak yang berkongsi pengajaran kehidupan dan pengetahuan mengenai penggunaan bahasa Melayu.

Kini, beliau pula mahu memupuk minat dan rasa cinta dalam bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak muda dengan menjadi seorang guru.

Semalam, Cik Qistina antara 103 individu yang menerima biasiswa dan anugerah guru di Majlis Penyampaian Biasiswa Guru anjuran Kementerian Pendidikan (MOE) di Orchard Hotel Singapore.

Beliau menerima anugerah guru dan akan melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda dalam bidang bahasa dan sastera Melayu di Universiti Teknologi Nanyang (NTU)-Institut Pendidikan Nasional (NIE).

Selepas tamat pengajian, beliau akan menjadi guru yang mengajar subjek bahasa Melayu dan Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3