Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Dulu menti, kini mentor

Perikatan untuk Bertindak (AfA) Pementoran bagi bangun sumber umum dan kongsi amalan terbaik dilancar
Mar 27, 2021 | 05:30 AM



SEMASA Cik Elfi Sufiyanti dalam usia remaja dan menghadapi cabaran dengan isu persahabatan di sekolah menengah, ada seseorang dari Care Singapore yang membantu beliau menangani masalahnya.



Kini berusia 26 tahun, beliau bekerja dengan badan amal yang memberi tumpuan pada belia untuk menjadi mentor kepada anak muda lain.



Mengetahui bagaimana usaha sedemikian telah banyak membantu beliau, Cik Elfi berharap lebih ramai akan mengambil bahagian dalam program pementoran untuk membantu anak-anak muda, termasuk mereka yang menghadapi isu imej dan harga diri.



Semalam, Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan, mengumumkan pelancaran Perikatan untuk Bertindak (AfA) Pementoran bagi membangunkan sumber umum dan mengongsi amalan terbaik tentang pementoran.



Ini demi mempertingkat standard pementoran dalam sektor belia, dan membantu anak-anak muda mencapai potensi penuh mereka, lapor The Straits Times.



Ini merupakan AfA ke-20 yang diumumkan sejak perikatan antara pemain industri dengan pemerintah sedemikian dilancarkan pada Jun tahun lalu.



AfA Pementoran baru itu akan bekerjasama dengan badan-badan lain untuk membangunkan kumpulan relawan mentor dan membangunkan kursus latihan untuk mereka.



Ia diterajui bersama oleh badan tidak meraih untung Mentoring Alliance Singapore dan Majlis Belia Kebangsaan (NYC) serta merangkumi pertubuhan lain yang terlibat dalam pementoran, seperti Care Singapore.



Demi menggalak orang ramai tampil dan membimbing anak muda, satu wadah dalam talian yang mengumpulkan ikrar dan komitmen terhadap pementoran belia turut dilancarkan dan boleh diakses di afasingapore.org.



Penyertaan dalam program pementoran rasmi di sini kekal rendah.



Satu tinjauan melibatkan 1,500 orang berusia 16 hingga 34 tahun, yang dijalankan bulan lalu, mendapati hanya 11 peratus daripada mereka telah menyertai program yang boleh membantu mereka.



Tinjauan itu ditugaskan NYC dan dijalankan firma kajian pengguna berpangkalan di Singapura, Milieu Insight.



Dalam kalangan mereka yang tidak menyertai program pementoran rasmi, 63 peratus berkata mereka terbuka untuk melakukannya.



Namun, tinjauan itu menunjukkan terdapat sedikit kesedaran tentang program pementoran rasmi dan kurang pengetahuan mengenai program yang sesuai untuk mereka.



Cik Elfi berkata mencari program pementoran yang sesuai akan membantu membentuk anak muda dan memberikan mereka peluang meneroka laluan kerjaya dan menangani isu lain.



"Dengan pementoran yang betul, mereka akan dapat meningkatkan interaksi dengan orang lain dan mempersiap diri mereka sendiri pada masa depan dengan membuat keputusan tepat yang dibimbing nasihat mentor mereka," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >