Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘PODCAST’ BERITA HARIAN

Dulu nakal, kini mahu cetus inspirasi

Jul 30, 2019 | 05:30 AM



PERKONGSIAN keperitan hidup Cik Nina Zalyana menerusi 'podcast' Berita Harian #NoTapis baru-baru ini menarik minat ramai pendengar, menjadikannya antara episod paling popular minggu lalu.



Kehidupannya yang 'havoc' semasa usia remaja membuatkan ibu Cik Nina berasa beliau tidak mampu mengawal anaknya itu lalu menghantar anaknya ke Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Wanita (Girls' Home) pada usia 15 tahun.



"Memang pada masa itu agak sedih, kerana ibu beritahu saya kita nak pergi makan, tetapi tiba-tiba kita berada di mahkamah.



"Tapi memang pengalaman itu meninggalkan kesan yang mendalam," katanya yang telah berkongsi dengan hos #NoTapis episod itu, koresponden BH Shahida Sarhid dan Atiyyah Mohd Said.



Selepas menghabiskan tiga tahun di sana dan setelah bertemu dengan seorang lelaki, Cik Nina memutus untuk mendirikan rumah tangga pada usia 20 tahun.



Namun, malangnya mahligai yang bahagia yang diimpikan hancur sebaik sahaja beliau bergelar isteri.



Cik Nina menjadi mangsa penderaan suami pada masa itu, dan tidak berani berbuat apa-apa selama sekitar empat tahun.



"Memang pada masa itu saya tidak memberitahu sesiapa pun, saya ingat dia boleh berubah," dedah Cik Nina.



Namun satu hari, beliau mendapat keberanian untuk "angkat kaki dan jalan" meninggalkan suaminya.



Beliau turut memberitahu keluarganya dan melaporkan perkara tersebut kepada polis.



Walau mungkin ada yang memandang rendah terhadap beliau setelah melihat dirinya yang bertatu dengan pendidikan yang hanya setakat Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), Cik Nina, yang kini seorang usahawan, berharap kisahnya dapat mencetus inspirasi dalam diri wanita lain yang melalui pengalaman serupa.



Orang ramai boleh mengikuti 'podcast' BH dengan memuatturunkan aplikasi Spotify dalam telefon bijak atau lungsuri laman www.beritaharian.sg.



Ikuti juga laman Berita Harian Singapura di Facebook dan Instagram untuk meneliti perkembangan 'podcast' BH.



Setelah lebih 30 episod, #NoTapis kini berada di kedudukan 10 teratas dalam carta 'podcast' Spotify dengan lebih 20,000 muat turun.



Selain #NoTapis, BH juga melancarkan siri 'podcast' baru Cakap Masjid yang lebih menjurus kepada topik agama yang dibincangkan secara santai.



Siri terbaru itu mengetengahkan asatizah yang membincangkan isu keagamaan dan berkaitan masyarakat Melayu/Islam setempat.



Tokoh agama tanah air, Ustaz Pasuni Maulan, membuka tirai 'podcast' tersebut bersama Shahida dalam episod pertama.



Ustaz Pasuni, 74 tahun, berkongsi keadaannya yang menjadi mangsa berita palsu baru-baru ini, selain membincangkan isu itu dalam konteks Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >