Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dulu penagih... kini ustaz dan ayah

Nov 25, 2018 | 05:30 AM



SELAMA 18 tahun Encik Basir Shariff 10 kali keluar masuk pusat pemulihan dadah (DRC) dan penjara kerana kegiatan dan kesalahan berkaitan dadah sehingga beliau mengabaikan kasih seorang ibu yang masih menatangnya bak minyak yang penuh.



Ibunya tetap melawatnya di DRC dan penjara kerana merindui dan sering memberinya nasihat supaya "jadi orang" satu hari nanti.



Perasaan kesal kerana mensia-siakan ibunya semakin mencengkam hatinya apabila ibunya mula sakit-sakit dan tidak lagi berdaya melawatnya sepanjang empat tahun kali terakhir Encik Basir meringkuk di bawah rejim tempoh penjara lebih lama dalam penjara (LT).



Sejurus dibebaskan dalam 2014, orang pertama yang beliau cari ialah ibunya, untuk membalas jasa orang tua itu.



Beliau menjaga dan memberi segala yang termampu kepada ibunya, sehingga akhirnya ibu kesayangan menghembuskan nafas terakhir hanya sebulan kemudian.



"Inilah kekesalan yang paling saya rasakan sepanjang hidup saya tetapi saya tetap bersyukur kerana sempat menjaganya meskipun hanya sebulan sehinggalah dikebumikan di liang lahat. Kasihnya ibu tiada duanya dan kerana ibu jugalah saya insaf dan berubah.



"Apabila ibu dah tak lawat saya lagi di penjara, saya bimbang tak akan jumpa ibu selama-lamanya jika saya terus-terusan ambil dadah dan masuk lagi,'' cerita Encik Basir sambil mendakap bayinya yang baru dilahirkan sebulan lalu.



Beliau juga masih ingat pesan ibunya supaya mendirikan rumah tangga kerana bimbang tiada siapa yang akan jaga makan minumnya kelak.



Jodoh dan pertemuan memang di tangan Tuhan.



Encik Basir, 51 tahun, mengakhiri zaman bujangnya tiga tahun lalu apabila beliau mendirikan rumah tangga dengan Cik Tijah (bukan nama sebenar), seorang gadis asal Kepulauan Riau yang dikenali hasil bertukar-tukar e-mel menerusi Internet.



Namun, sebagai bekas penagih, tidak mudah bagi seorang gadis menerima lamarannya bulat-bulat.



"Suami saya terus terang sejarah hitam hidupnya apabila kami kali pertama bertemu, dan kemudian melahirkan hasrat menikahi saya.



"Mulanya kurang pasti tetapi atas nasihat ibu bapa yang mendapati beliau akhlak baik dan ilmu agamanya tinggi, saya terima lamarannya.



"Sebagai isteri, saya kerap menemaninya ke majlis agama dan kelas agama yang dipimpinnya bagi memberinya sokongan,'' tambah Cik Tijah, 29 tahun, ketika ditemui Berita Minggu di flat mereka di Taman Jurong baru-baru ini.



Encik Basir menyatakan sepanjang menjalani tahanan LT selama empat tahun, beliau memilih mendalami bidang agama daripada menyertai program pemulihan.



Apabila dibebaskan, beliau mengajar agama dan mengaji di rumahnya bagi rakan-rakan senasib yang baru dibebaskan.



Atas saranan rakan-rakannya, beliau menduduki ujian Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) kelolaan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi menaik taraf asatizah setempat sebagai sumber rujukan berwibawa bagi masyarakat Islam setempat.



Beliau yang bergelar ustaz selepas menerima watikah ARS dalam 1987, kini mengajar agama dan mengaji di rumah-rumah pelajarnya di Pasir Ris, Teck Whye, Admiralty, Teban dan juga membimbing kelas agama bagi bekas penagih dan pesalah di Masjid Khalid di Joo Chiat.



"Kepada golongan penagih, sentiasalah ingat Allah bukan saja ketika di dalam, tetapi apabila di luar!'' nasihatnya yang kini mengikuti kursus diploma khusus bagi guru Al-Quran di Darul Quran di Masjid Kampung Siglap.



Laporan lanjut : 






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >