Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dulu ‘sibuk’ di dapur mak, sekarang selangkah dekat jadi ketua cef

Sedang ramai pelajar menceburi kurikulum berasaskan akademik di peringkat sekolah menengah, terdapat juga sekumpulan pelajar yang menuntut kurikulum vokasional yang berasaskan kemahiran. Sempena ulang tahun Sekolah Menengah Crest yang ke-10, Berita Harian menyorot kisah pelajar dan alumni sekolah tersebut yang telah meraih manfaat daripada sistem pembelajaran yang tertumpu kepada kemahiran itu. Ikuti kisah mereka.
Jun 05, 2023 | 02:06 PM



USIANYA baru 11 tahun tetapi beliau sudah mula ‘sibuk-sibuk’ di dapur untuk mempelajari bagaimana ibunya, yang beliau gelar sebagai “ratu rumah”, memasak lauk seperti kari dan asam pedas.

Ditambah lagi dengan menonton rancangan memasak di televisyen, minat terhadap bidang memasak yang mulanya tercetus dalam diri Encik Muhammad Nur Halif Abdullah Sani, lama-lama membuak.

Justeru, tatkala menerima keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), Encik Halif tidak teragak-agak untuk melanjutkan pelajaran sekolah menengah di Sekolah Menengah Crest – yang menawarkan modul Kulinari dan Operasi Restoran – walaupun keputusannya melayakkan beliau untuk menyertai sekolah kejiranan lain.

“Mereka mendekati sekolah saya, dan berkongsi tentang modul yang ditawarkan mereka. Saya lihat ada bidang memasak, jadi saya pun terfikir mahu mencubanya,” ujarnya ketika dihubungi Berita Harian (BH).


Keyakinan dan semangatnya untuk menceburi bidang memasak pada usia muda itu ternyata tidak sia-sia kerana kini, tujuh tahun setelah tamat pengajian dari sekolah menengah itu, Encik Halif semakin dekat dengan cita-citanya untuk menjadi ketua cef.

Beliau yang kini merupakan sous cef junior (penolong ketua jurumasak) di sebuah restoran perancis berkata beliau belajar banyak kemahiran asas di sekolah menengah tersebut.

Malah, beliau diberi peluang untuk menyertai program latihan di tempat kerja yang memberinya pendedahan kepada industri makanan dan minuman.

“Sekolah itu mengajar saya asas memotong (bahan), menyimpan (makanan) dan sebagainya. Mereka juga menghantar saya bagi program latihan di tempat kerja tempat anda belajar secara praktikal. Ia seronok... sesuatu yang pelajar di sekolah menengah lain tidak dapat.

“Pengalamannya unik kerana setiap pelajar akan pergi ke syarikat berbeza, dan kami terima pendedahan kepada industri pada usia 15 tahun,” kongsi anak bongsu dalam tiga adik-beradik itu.

Beliau menambah bahawa sekolah tersebut memberi kelebihan kepada pelajar sepertinya yang sudah tahu apa yang ingin mereka ceburi.

Setelah mengambil GCE Peringkat ‘N’, Encik Halif melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Barat, menuntut Nitec dalam Seni Kulinari Barat.

Encik Halif berkongsi bahawa keluarganya pada mulanya mencadangkan supaya beliau mengambil jurusan aeroangkasa atau kejuruteraan kerana berasa bahawa bidang-bidang itu menawarkan gaji lebih baik.

Namun, pemuda itu masih bertekad mengikuti gerak hatinya iaitu untuk menceburi bidang kulinari yang benar-benar diminati.

Di ITE, beliau menjalani program bekerja sambil belajar selama enam bulan di sebuah kafe sambil mengimbangi pekerjaan sambilan di restoran makanan Eropah semata-mata kerana ingin menimba lebih banyak kemahiran mahupun ilmu dalam bidang kulinari.

Sejauh ini, beliau telah meraih pengalaman bekerja di lima restoran. Kini sebagai penolong ketua jurumasak, Encik Halif berkata beliau hanya perlu menaiki beberapa tangga sahaja lagi untuk mencapai impiannya menjadi ketua cef.

Memberi nasihat kepada pelajar lain yang cenderung kepada kurikulum berasaskan kemahiran berbanding akademik, Encik Halif berkata:

“Adalah penting mengikuti minat anda kerana di akhirnya anda akan gembira dengan apa yang anda lakukan. Berasa gembira di tempat kerja memainkan peranan dalam kesihatan mental anda.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >