Anugerah bantu perkasa diri
Dulu tak dengar cakap, kini berazam buat yang terbaik
Sejak 2013, Persatuan Muhammadiyah telah memberikan anugerah Al-Fatih untuk bekas penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM). Anugerah yang diberikan dalam bentuk biasiswa bernilai $2,500 setiap satu itu bermatlamat merangsang bekas penghuni RKM untuk teruskan pendidikan posmenengah mereka setelah keluar daripada RKM. HAKIM YUSOF (hakimy@sph.com) meninjau azam empat penerima anugerah itu tahun ini.
Jun 27, 2016 | 05:30 AM
TIDAK mendengar kata-kata nasihat kededua datuk dan nenek beliau menjadi detik penyesalan bagi Muhammad Ikhwan Fadlullah.
Kata-kata nasihat yang dianggap 'karut' oleh beliau itu menghantui dirinya apabila ditempatkan di Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) pada 2013 selama dua tahun.