Dulu tercicir dari maktab rendah, kini teroka potensi kerja makmal
Lulusan Diploma Kejuruteraan Bioperubatan di Politeknik Temasek terima dua anugerah pelajar cemerlang, ingin jadi saintis kajian
Jun 23, 2019 | 05:30 AM
PENGALAMAN tercicir daripada maktab rendah setelah setahun menimba ilmu adalah sesuatu yang pahit ditelan Encik Mohamed Taufik Rahim.
Timbul rasa resah tidak menentu kerana beliau tidak begitu meminati mata pelajaran yang diambil di Maktab Rendah Jurong (JJC).