Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dulu tiada arah, kini gigih naiki tangga kerjaya di McDonald's

Sep 16, 2018 | 05:30 AM



PADA usia 13 tahun, Encik Muhammad Haffis Affandi merupakan pelajar tercicir yang tiada arah tuju malah berhenti sekolah kerana tidak lagi berminat dalam pelajarannya.



Beliau juga merupakan remaja bermasalah dan sering bergaduh dengan teman sebaya.



Namun sedekad selepas itu tatkala mencecah usia 23 tahun, beliau merupakan pengurus besar paling muda yang pernah dilantik rangkaian restoran makanan segera McDonald's di Singapura.



Perjalanan kerjaya Encik Muhammad Haffis, kini 30 tahun, secara bertahap-tahap daripada kru restoran dalam industri makanan dan minuman bahkan tidak terhenti di situ sahaja.



Awal tahun ini, beliau dinaikkan pangkat sebagai Konsultan Perniagaan (Operasi) yang menjaga enam cawangan McDonald's dan lebih 500 pekerja.



Pihak pengurusan melengkapi pekerja sepertinya yang tiada kelulusan posmenengah dengan kemahiran kepimpinan dan program peningkatan.



Beliau pula enggan ketinggalan berbanding teman sebaya yang memiliki diploma atau ijazah.



Encik Muhammad Haffis, ayah dua anak kecil berusia dua dan lima tahun itu kini pemilik Diploma Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) dalam Pengurusan Makanan dan Minuman daripada Universiti Nevada, Las Vegas.



Laporan lanjut: Dulu keciciran, sekarang konsultan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >