Subuh
5:56
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Dunia lebih berpecah belah boleh jejas kerjasama dalam sains: Vivian

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Dunia lebih berpecah belah boleh jejas kerjasama dalam sains: Vivian

Sep 14, 2022 | 05:30 AM

SELEPAS Covid-19, perubahan iklim adalah cabaran sejagat jangka panjang paling mendesak yang dihadapi manusia, namun dunia yang semakin berpecah belah mungkin menghambat respons jagat.

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berkata dunia yang semakin berpecah belah akan mempunyai kesan mendalam ke atas kepantasan penemuan saintifik, kos, saling kebergantungan dan akhirnya, keselamatan.

Beliau berkata demikian semalam di Dialog Hadiah Nobel 2022: Masa Depan yang Kami Inginkan Bersama, yang menyatukan pemenang hariah itu, pelajar dan pakar lain untuk membincangkan bagaimana kehidupan manusi boleh diperbaiki dan masa depan lebih baik boleh dibina.

Ia dianjurkan oleh Jangkauan Hadiah Nobel dan Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Nasional Singapura (NUS), dengan kerjasama Persatuan Pelajar Perubatan Asia (Amsa) Singapura.

Dalam ucapannya di Pusat Konvensyen Raffles City, Dr Balakrishnan menekankan bahawa persaingan geostrategik, seperti perang di Ukraine, bukan sahaja menyebabkan musibah manusia bahkan mempunyai kesan ke atas kolaborasi dalam bidang saintifik.

"Malah bagi saintis juga, anda tahu bahawa kadangkala kerakyatan anda pun penting dan ini tidak sihat bagi sains dan (begitu juga) bagi diplomasi," tambahnya.

Rantaian bekalan sejagat juga akan mengurangkan tumpuan pada kecekapan tetapi lebih pada senario "seandainya", yang juga akan menjadi lebih mahal bagi negara seperti Singapura, dan menyumbang kepada inflasi.

Ini menimbulkan satu masalah bagi ekonomi sejagat, baik bagi pandemik masa depan mahupun atau pengurusan sains dan teknologi, kata Dr Balakrishnan.

Dalam menangani perubahan iklim, Perjanjian Paris mempunyai sasaran mengekalkan kehangatan global pada 1.5 darjah Celsius di atas tempoh praperindustrian bagi mengelak impak malapetaka bagi dunia yang kian panas.

Meskipun ada penemuan besar dalam kajian tenaga boleh diperbaharui, seperti tenaga geoterma dan hidrogen hijau, sama ada dunia akan mencapai sasaran ini akan bergantung pada politik dan ekonomi, yang akan memerlukan kolaborasi di seluruh dunia, katanya.

"Memandangkan manusia sentiasa mudah tergoda oleh benda percuma, tidak melakukan apa-apa, jika setiap orang mengurangkan (pelepasan karbon) dan saya tidak perlu buat pengorbanan itu, saya akan cuba mengelakkannya," ujar Dr Balakrishnan, sambil menambah bahawa ini bukan sesuatu yang manusia boleh tanggung di peringkat individu mahupun antarabangsa.

Menggesa pelajar supaya mengambil peluang daaripada Dialog Hadiah Nobel untuk berkongsi idea dan belajar daripada satu sama lain, beliau menekankan bahawa kolaborasi sejagat boleh membawa kepada masa depan lebih baik bagi generasi akan datang.

Beliau berkata pemenang Hadiah Nobel bukan membawa bersama mereka pengetahuan saintifik dan domain dalam bidang masing-masing sahaja, malah "nilai-nilai penting dalam sebuah dunia yang amat luas".

Antara lapan pemenang yang mengambil bahagian dalam dialog tersebut ialah aktivis asal India, Encik Kailash Satyarthi, pemenang Hadiah Novel Keamanan pada 2014 kerana menimbulkan isu buruh melibatkan kanak-kanak, dan pakar kosmo, Encik George Fitzgerald Smoot III, yang bercakap tentang misi Artemis Nasa ke bulan dan keinginan manusia meneroka Mars.

Beliau memenangi Hadiah Nobel Fizik pada 2006.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3