Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Setempat0

Dunia perlu kerjasama atasi Covid-19: PM Lee

Mar 26, 2020 | 10:50 PM

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mengemukakan tiga ruang kerjasama  dalam mencari huraian global bagi krisis Covid-19 yang dunia hadapi kini.

Dalam kenyataan bertulisnya bagi Sidang Puncak Maya Pemimpin G20 pada Khamis (26 Mac), Encik Lee menyarankan kerjasama dalam bidang kesihatan awam, kemerosotan ekonomi serta sains dan kajian.

Beliau berkata walaupun setiap negara mampu menghapuskan koronavirus itu dalam sempadan masing-masing, risiko mengimport kes dari negara lain tetap wujud.

Oleh itu, beliau mengajak negara-negara bekerjasama, mengongsi kepakaran dan pengalaman, dan bantu satu sama lain.

Mengenai kemerosotan ekonomi, Encik Lee berkata ekonomi global sedang runtuh dan setiap pemerintah sedang melakukan yang termampu untuk menyelamatkan perniagaan dan pekerjaan.

"Pada saat ini, adalah penting pasaran kewangan tidak berhenti berfungsi. Saya gembira Menteri Kewangan kita dan Gabenor Bank Pusat menyelaraskan dasar kewangan dan fiskal untuk mengelakkan ini (daripada berlaku)," tulisnya.

Berkaitan sains dan kajian, Encik Lee berkata negara-negara perlu menyatukan sumber dan masyarakat saintifik untuk membangunkan ubat atau vaksin bagi Covid-19.

"Pandemik ini adalah bukti kesalingbergantungan kita, bukan penunjuk keburukan globalisasi. Ia menekankan perlunya kerjasama yang lebih banyak antara negara, bukan yang berkurang. Sebagai pemimpin, kita mesti bekerjasama selepas krisis ini untuk membangunkan semula keyakinan domestik dalam merit dunia yang global," tulisnya.

Disebabkan masa yang terhad, Encik Lee tidak dapat menyampaikan kenyataan itu tetapi ia telah dikongsi dengan peserta Sidang Puncak.  

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian