Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Duta Arab Saudi ke S’pura hadiah kiswah kepada Muis

Jul 29, 2021 | 07:31 PM



DUTA Arab Saudi ke Singapura Encik Saad Saleh Al Saleh telah menghadiahkan kiswah kepada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Khamis (29 Julai).



Kiswah itu, yang merupakan kain yang digunakan untuk menyelimuti Kaabah, diberikan kepada Muis bagi pihak Penjaga Dua Masjid, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud, untuk mengiktiraf khidmat Muis kepada masyarakat Muslim di sini.



Encik Al Saleh telah bertemu Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Presiden Muis Mohammad Alami Musa; dan Ketua Eksekutif Muis Esa Masood tadi.



Dalam kenyataannya, Muis berkata Muis dan Kedutaan Saudi bekerjasama rapat dalam pelbagai bidang, termasuk pentadbiran Haji sebelum pandemik, di samping melicinkan proses pemerolehan visa bagi jemaah dari Singapura.



Sementara itu, merakam penghargaannya, Encik Masagos menulis di Facebook:



"Pemberian kain Kiswah kepada Singapura menandakan hubungan kukuh yang telah lama terjalin antara Singapura dengan Arab Saudi. Muis dan Kedutaan Arab Saudi di Singapura mempunyai hubungan kukuh lagi erat. 



"Kerjasama dengan kedua-dua negara merentasi pelbagai isu, terutama dalam ehwal pentadbiran haji yang lancar, sebelum berlakunya pandemik COVID-19.



"Bagi pihak Singapura, terutamanya masyarakat Melayu/Islam, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Penguasa dan Pengamanah Dua Masjid Suci di Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud kerana menghadiahkan Kiswah kepada Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >