Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Duta Dian belajar jadi pendamping berkesan

Jul 24, 2022 | 06:06 PM



HAMPIR 40 Duta Dian@M3 menghadiri bengkel untuk menjadi pendamping berkesan bagi keluarga rentan (vulnerable), terutama penghuni flat sewa di tiga bandar perintis Projek Dian@M³ – M³ @Bedok, M³@Geylang-Serai dan M3@Jalan Besar – di Kelab Masyarakat Pek Kio pada Ahad (24 Julai).

 

Bengkel itu bertujuan melengkapkan Duta Dian dengan kemahiran dan pengetahuan bagi mendekati keluarga yang mempunyai anak kecil dan membina keyakinan mereka untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga ini.

Ia yang pertama daripada dua bengkel yang dirancang.


Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang turut menyertai latihan itu berkata beliau mengalu-alukan kerjasama dengan institusi kepakaran untuk membantu M³ melakar projek.


“Hari ini kami bergabung dengan KidStart untuk menjalankan latihan bagi melengkapkan sukarelawan kami, dan Universiti Sains Kemasyarakatan (SUSS) pula terlibat dalam penilaian Program Dian, untuk mengenal pasti usaha ini menuju ke arah keberkesanannya,” ujar beliau, yang juga penasihat program M³.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >