Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Duta Kelana Ong: Kedudukan PM Najib selamat

Nov 20, 2015 | 03:16 PM



APABILA meneliti perkembangan di Malaysia, melihat melewati tajuk utama berita adalah lebih baik.


"Apa yang anda lihat bukan apa yang anda dapat," kata Encik Ong Keng Yong, Duta Kelana Singapura yang juga timbalan pengerusi di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).


Beliau merujuk kepada laporan yang menonjolkan kononnya kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menentu dalam menghadapi skandal kewangan yang menguasai tajuk-tajuk utama dari Malaysia.


"Walaupun terdapat laporan tentang semua skandal itu, keadaan tidak begitu buruk untuk membuat kita semua bimbang tentang keadaan ekonomi dan perniagaan," kata Encik Ong, mantan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, menurut akhbar The Straits Times dalam laporan dalam taliannya.


Beliau berkata demikian dalam Forum Pandangan Global The Straits Times pada Jumaat (20 Nov), yang mengumpulkan satu panel pelbagai penceramah, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam, untuk membincangkan cabaran dan prospek rantau ini bagi 2016.


Kedudukan politik Datuk Seri Najib agak selamat, kata Encik Ong.


Sekalipun rakyat Malaysia tidak suka pemimpin mereka, jentera Umno tidak membenarkan perubahan, katanya, sambil menambah beliau menjangka Datuk Seri Najib akan kekal berkuasa.


Selagi beliau mendapat sokongan di Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Najib akan dapat sokongan majoriti di parlimen dan tidak perlu bimbang mengenai sebarang undi tidak percaya, ujar Encik Ong.


Kedua, ekonomi Malaysia dalam keadaan baik, berkembang pada kadar 4 hingga 5 peratus, walaupun ia merasakan tekanan, terutama kejatuhan harga minyak dan gas.


Namun, keadaan sosial wajar diberi perhatian kata Encik Ong.


Perpecahan rakyat Malaysia menurut masyarakat dan kaum boleh dieksploitasi oleh kumpulan yang mahu memajukan kepentingan mereka sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >