Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Duta #StayMasked gembira bantu orang ramai pilih pelitup sesuai

Apr 07, 2021 | 05:30 AM



PELITUP muka kini telah mengambil peranan baru dalam kehidupan harian ramai di Singapura untuk mengurangkan penyebaran Covid-19.



Namun, dengan pelbagai bentuk dan ukuran, kadangkala ramai yang bingung dengan pelitup terbaik yang dapat melindungi mereka ketika mereka keluar dan menjalani kehidupan harian.



Sebagai sumbangannya kepada masyarakat untuk mengekang penyebaran Covid-19, Cik Saudah Mohd Noor menghabiskan masa luangnya sekarang mendidik dan membantu masyarakat memilih pelitup yang sesuai sebagai duta #StayMasked.



Timbalan Ketua, Pemasaran (Runcit) CapitaLand ini merupakan antara sukarelawan yang tidak mementingkan diri dan komited bekerja di belakang tabir untuk membantu dalam pengedaran pelitup percuma keempat di seluruh negara oleh Yayasan Temasek baru-baru ini.



Biasa dengan melakukan kerja sukarela, Cik Saudah berkata kerja sukarela itu adalah salah satu cara baginya memberi kembali kepada masyarakat.



"Kerja sukarela adalah sesuatu yang bermanfaat dan cara saya melakukan kebaikan untuk masyarakat.



"Oleh itu, saya telah mengambil kesempatan untuk menjadi sukarelawan sebagai duta #StayMasked apabila diberi peluang.



"Apabila saya melakukannya, saya gembira apabila saya tahu bahawa ramai yang menhargai bantuan saya," kata Cik Saudah yang pernah menjadi sukarelawan dalam pelbagai program masyarakat tempatan dan luar negara yang dianjurkan oleh Yayasan Harapan CapitaLand (CHF).



Dalam wawancara melalui e-mel, Cik Saudah berkongsi sebagai duta #StayMasked, beliau membantu ramai untuk memilih pelitup yang sesuai mengikut ukuran yang betul kerana jenis pelitup yang dikeluarkan berbeza daripada pengedaran pelitup sebelum ini.



Berinteraksi bersama orang awam semasa melakukan kerja, ibu dua anak itu berkata ia juga memberinya peluang mendekati masyarakat.



"Saya ingin melakukan perubahan dalam keh`ukarelawan, ia membolehkan saya mendekati masyarakat dan menghargai orang lain.



"Saya menyedari bahawa tidak ada sumbangan terlalu kecil untuk memberi kesan positif kepada orang lain



"Selain itu, saya percaya bahawa fikiran yang terbuka semasa melakukan kerja sukarela juga akan membantu mereka yang kurang bernasib baik berasa gembira,'' katanya.



Ketika Singapura dilanda wabak Covid-19, ia telah menukar cara ramai menjalani kehidupan, bekerja dan bersosial.



Kata Cik Saudah, semasa tempoh ini, ia amat penting untuk ramai menyesuaikan diri dengan norma baru dan melakukan peranan untuk menjaga kebersihan diri, mengdgunakan pelitup dengan betul serta menjaga jarak selamat ketika di tempat awam.



"Saya berharap sumbangan saya dalam masyarakat akan terus memberi inspirasi kepada orang ramai melakukan yang sama demi kebaikan bersama,'' katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >