Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Duta warga emas dilantik dekati penduduk demi elak ditipu

Nov 24, 2018 | 03:58 PM



SERAMAI 17 duta dilantik semalam demi mendekati warga emas di kawasan kejiranan dan membantu mereka menghindari daripada menjadi mangsa penipuan. 



Program Warga Emas Membantu Orang Lain Menjauhi Penipuan atau E.C.H.O Againt Scams dilancarkan semalam oleh Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo di Hab HDB Toa Payoh. 



Insiatif tersebut yang dimulakan Pusat Polis Kejiranan Toa Payoh bertujuan membantu warga emas menjaga diri mereka daripada ditipu. 



Duta-duta program tersebut, yang juga terdiri daripada warga emas akan berkongsi nasihat pencegahan jenayah dengan penduduk di kawasan mereka. 



Cik Teo telah memberikan sijil perlantikan kepada 17 duta tersebut semasa pelancaran pameran masyarakat Pasukan Polis Singapura (SPF) pagi tadi. 



Pameran-pameran tersebut akan diadakan di Toa Payoh, Bedok dan Jurong East pada tiga hujung minggu bermula 24 November hingga 9 Disember. 



Ia bertujuan meningkatkan kesedaran akan tugas pihak polis dan mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dengan masyarakat.



Maklumat lanjut mengenai Police Community Roadshow 2018 boleh didapati di www.police.gov.sg/roadshow




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >