Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dwibahasa tunjang masyarakat berbilang budaya: Chun Sing

Mar 26, 2022 | 05:30 AM



DWIBAHASA tunjang masyarakat berbilang budaya Singapura. Keupayaan pelajar di sini menggunakan bahasa ibunda mereka dengan yakin akan memberikan kelebihan daya saing kepada mereka apabila mereka memasuki alam pekerjaan dan berinteraksi dengan rakan serantau.



Demikian kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dalam ucapannya di Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim, semalam.



Encik Chan berada di sana untuk menyaksikan penandatangan Memorendum Persefahaman (MOU) bagi Program 'Berita di Hujung Jari Anda'.



MOU tersebut, yang ditandatangani antara Kementerian Pendidikan (MOE), Ngee Ann Kongsi (NAK) dan SPH Media Trust (SMT) bertujuan mempertingkat pengajaran bahasa ibunda di sekolah menengah dan memperkasakan pelajar dalam pembelajaran bahasa ibunda mereka.



Di bawah MOU itu, selama enam tahun dari 2022 hingga 2027, derma tahunan NAK sebanyak $2.5 juta kepada MOE akan digunakan untuk menyediakan akses digital akhbar SMT dan penerbitan pelajarnya - Gen G (Melayu), Illayar Murasu (Tamil) dan zbCOMMA (Mandarin) - kepada pelajar sekolah menengah.



Dalam ucapannya, Encik Chan turut mengingatkan pelajar bahawa pembelajaran bahasa ibunda tidak setakat hanya untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan.



"Ini merupakan alat, keupayaan untuk kita lebih memahami dan berhubungan dengan dunia, serta mewujudkan tarikan unik untuk Singapura.



"Dwibahasa, kebolehan memahami budaya dan perspektif yang berbeza-beza akan sentiasa menjadi kunci kepada peranan Singapura sebagai hab global yang menyediakan platform bagi orang mempunyai sudut pandangan yang pelbagai untuk bersatu dan bekerjasama," ujar Encik Chan.



Turut hadir untuk menyaksikan penandatanganan MOU itu ialah Pengerusi SMT, Encik Khaw Boon Wan, dan Presiden NAK, Encik James Teo.



Setelah sesi tandatangan tersebut, Encik Teo telah menyampaikan cek bernilai $15 juta kepada Encik Chan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >