Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

E-mel, kata laluan rahsia pelanggan Sephora terbocor dalam talian, pelanggan S'pura terjejas

Jul 30, 2019 | 08:14 AM



SYARIKAT peruncit kecantikan antarabangsa, Sephora mengakui bahawa terdapat kebocoran data maklumat dalam talian yang menjejas pelanggan di Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, New Zealand dan Australia.



Semalam (29 Julai), syarikat itu yang mempunyai 12 cawangan di Singapura mengeluarkan satu notis kepada pelanggan dalam talian yang menyatakan kebocoran itu diketahui sejak dua minggu lalu. Dalam e-melnya, pengarah urusan Sephora Asia Tenggara Cik Alia Gogi berkata:



"Beberapa maklumat peribadi telah terbocor kepada pihak ketiga termasuk nama pertama dan terakhir, tarikh kelahiran, jantina, alamat e-mail, kata kunci rahsia dan pemilihan kecantikan.'' Beliau menambah tidak ada maklumat kad kredit diakses dan syarikat itu berkata 'ia tidak mempunyai sebab mempercayai bahawa sebarang data peribadi itu disalahguna'. Sephora menyatakan bahawa tiada kedai fizikalnya terjejas dan ia adalah selamat bagi pelanggan itu menggunakan aplikasi dan laman bimbitnya, menurut laporan The Straits Times (ST).



Syarikat itu telah meminta maaf dan membatalkan kesemua kata kunci rahsia akaun pelanggan. Ia juga menjalankan semakan terhadap sistem keselamatan dan menawarkan khidmat pemantauan data peribadi secara percuma kepada pelanggannya melalui syarikat penyedia ketiga. Pelanggan yang ingin memanfaatkan khidmat itu boleh mendapatkannya dari Sephora menggunakan kod unik disediakan syarikat itu hingga 30 November ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >