Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

E-mel sulit Madrasah Irsyad dibocor ke pihak ketiga

Muis: Laporan polis dibuat selepas kakitangan didapati muat turun dokumen urus niaga antara madrasah dengan ITL
Jun 01, 2021 | 05:30 AM



MADRASAH Irsyad Zuhri Al-Islamiah telah membuat laporan polis selepas mendapati e-mel sulit telah dibocorkan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Seorang kakitangan madrasah itu didapati telah memuat turun tanpa kebenaran beberapa dokumen sulit berhubung urus niaga kewangan antara madrasah tersebut dengan Irsyad Trust Limited (ITL).



Kakitangan tersebut telah meletak jawatan, kata madrasah tersebut dalam kenyataan bersama Muis semalam.



"Oleh kerana perkara ini kini sedang disiasat polis, madrasah tidak dapat memberikan butiran lanjut," kata kenyataan itu.



Madrasah dan Muis berkata ia diberitahu pada 11 Mei, tentang e-mel sulit yang dibocorkan dari server e-mel Madrasah kepada pihak ketiga yang tidak mempunyai kebenaran membaca e-mel itu.



Sebahagian dokumen yang dibocorkan itu berhubung proses semakan terhadap urus niaga kewangan Madrasah dengan ITL, yang sedang dijalankan Muis.



"Muis ingin menekankan ia menganggap amat serius sebarang dakwaan mengenai penyelewengan kewangan dan sedang mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyiasat," kata kenyataan itu.



Muis mengadakan semakan tersebut menyusuli soalan yang diajukan di Parlimen pada 5 April.



Ia berhubung dakwaan salah guna kuasa kuasa melibatkan pengarah kanan jabatan Madrasah di Muis yang juga berperanan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ITL sejak 2014.



Soalan di parlimen itu juga bertujuan mendapatkan kemas kini berhubung siasatan dalaman berhubung perkara tersebut dan sama ada huraian di luar mahkamah telah dicapai antara Muis dengan ITL berhubung hak cipta dan wang milik madrasah yang didakwa telah digunakan secara salah oleh ITL.



Menjawab soalan di Parlimen tersebut, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata tiada kaitan antara ITL dengan Muis sejak Januari 2021.



ITL ditubuhkan sebagai syarikat berasingan oleh Jawatankuasa Pengurusan Madrasah Irsyad (MMC) sebagai Irsyad Foundation Limited pada 2006, dua tahun sebelum madrasah tersebut menyertai Sistem Madrasah Bersama (JMS) di bawah Muis.



Pada 2016, semasa audit tahunan terhadap kewangan madrasah itu dijalankan, MMC didapati telah membenarkan pindahan wang $2 juta kepada ITL bagi operasi antarabangsa. Muis mengarahkan supaya ITL membayar balik wang itu kepada madrasah dan ITL telah mengembalikan wang itu sepenuhnya kepada madrasah pada 2016, kata Encik Masagos.



"Muis telah mengarahkan semakan terhadap urus niaga antara madrasah Irsyad dengan ITL. Semakan itu sedang berlangsung. Bergantung pada hasil reviu itu, Muis akan mempertimbangkan sama ada tindakan susulan perlu diambil," kata Encik Masagos dalam jawapannya kepada soalan di Parlimen itu.




"Oleh kerana perkara ini kini sedang disiasat polis, madrasah tidak dapat memberikan butiran lanjut.

... Muis ingin menekankan ia menganggap amat serius sebarang dakwaan mengenai penyelewengan kewangan dan sedang mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyiasat.''

- Kenyataan bersama Madrasah Irsyad dan Muis




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >