Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

E-skuter dilarang di laluan pejalan kaki mulai esok

Nov 04, 2019 | 05:50 PM



MULAI esok (5 November), skuter elektrik (e-skuter) dilarang digunakan di laluan pejalan kaki.



Namun, basikal dan alat bantuan mobiliti peribadi (PMA) seperti kerusi roda bermotor serta skuter mobiliti boleh terus digunakan di laluan pejalan kaki.



Dari sekarang hingga hujung tahun ini, pihak berkuasa akan memberi amaran kepada mereka yang didapati menggunakan e-skuter di laluan pejalan kaki.



Mulai 1 Januari 2020, pendekatan tegas akan diambil, dengan mereka yang menggunakan e-skuter di laluan pejalan kaki dikenakan denda sehingga $2,000, dipenjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.



Dengan langkah terkini yang diumumkan Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kesihatan) Dr Lam Pin Min itu di Parlimen semalam, e-skuter hanya boleh digunakan di laluan basikal dan laluan Rangkaian Penghubung Taman (PCN).



Terdapat kira-kira 440 kilometer laluan basikal di serata negara sekarang berbanding lebih 5,500 kilometer laluan pejalan kaki yang boleh digunakan pengguna e-skuter sebelum ini.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >