Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

E-skuter yang diubah suai capai kelajuan 150kmh di jalan raya S'pura

Jul 12, 2019 | 02:53 PM



DALAM satu video 40 saat, sebuah e-skuter hitam memecut laju di jalan raya yang difahamkan adalah Tanah Merah Coast Road pada waktu malam.



Meter kelajuan maya dalam video itu pula menunjukkan kelajuan 150 kilometer sejam (kmh).



Video itu dimuat naik ke Facebook, YouTube dan Instagram Isnin lalu oleh Tune Extreme, sebuah 'kedai' sehenti yang menawarkan khidmat peningkatan dan pengubah suaian alat mobiliti peribadi (PMD).



Menurut akhbar The New Paper, Tune Extreme merupakan perniagaan dari rumah.



Menerusi Facebook semalam (11 Julai), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata sebanyak 1,700 kesalahan mobiliti aktif dicatat bagi separuh pertama tahun ini, dengan satu pertiga daripadanya berkaitan alat yang tidak mematuhi peraturan.



Di bawah Akta Mobiliti Aktif, PMD tidak boleh melebihi berat 20 kilogram, lebar 70 sentimeter dan kelajuan 25kmh.



Pesalah kali pertama yang menggunakan PMD yang melanggar peraturan di laluan awam boleh didenda sehingga $5,000, dipenjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali.



Anggota Panel Penasihat Mobiliti Aktif (Amap), Encik Denis Koh, yang juga pengerusi kumpulan PMD Big Wheel Scooters Singapore berkata alat sedemikian bukan dihasilkan untuk dikendali pada kelajuan setinggi itu.



“Sekiranya penunggangnya melanggar batu kecil dan jatuh pada kelajuan itu, ini boleh membawa maut,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >