PIHAK berkuasa telah merampas vape elektronik dan beberapa barangan berkaitan bernilai $66,000 pada November daripada seorang lelaki berusia 28 tahun, yang disyaki memesan alat larangan itu dari luar negara untuk dijual di sini.
Pada Selasa (26 November), Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata dalam kenyataan mereka bahawa dipercayai lelaki itu memesan e-vape itu dalam talian dari luar negara, dan cuba menghindari undang-undang dengan mengesahkan barangan itu sebagai barangan elektronik dan produk muka.
Lelaki itu kini membantu HSA dalam siasatan.
Lelaki itu boleh dikenakan denda sebanyak $20,000, dipenjara setahun, atau kedua-duanya untuk kesalahannya.