Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

East Coast mungkin tempatkan 6,000 flat baru

Jan 19, 2017 | 03:10 PM



FLAT dengan pemandangan laut di East Coast.



Ini mungkin menjadi kenyataan sedang pemerintah mengkaji kemungkinan mewujudkan sebuah daerah Bayshore baru, termasuk 6,000 flatLembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) - perubahan besar bagi kawasan estet swasta di kawasan tanah tambak. Lagi 6,500 unit akan diperuntukkan bagi rumah privet.



Jika ini menjadi kenyataan, flat di Bayshore itu akan menjadi perumahan pertama dibina di sepanjang East Coast sejak flat generasi lama Marine Parade dibina pada 1970-an, dengan ada yang mencecah $900,000 di pasaran jualan semula.



Potensi pembangunan itu terkandung dalam tender dokumen yang dikemukakan oleh Lembaga Pembangunan Semula Bandar (URA), menurut laporan Lianhe Zaobao semalam, mengundang firma perunding cara membangunkan pelan induk di kawasan itu.



Daerah Bayshore seluas 60 hektar dikelilingi oleh Bayshore Road, East Coast Parkway, Kem Bedok dan Upper East Coast Road.



Dengan sebahagian kawasan kini merupakan hutan, ia adalah kira-kira dua pertiga saiz Bidadari.



Plot kawasan itu terletak antara dua stesen MRT laluan Thomson-East Coast (TEL) - Bayshore dan Bedok South - yang akan dibina, ia dijangka mempunyai kemudahan dan perkhidmatan seperti sekolah, kedai dan hab pengangkutan bersepadu.



Tender itu dijangka dijalankan dalam dua fasa dan firma yang dilantik akan mengemukakan cadangan terakhir pada Disember ini, menurut URA dalam dokumen itu.



Jurucakap URA memberitahu The Straits Times bahawa bahagian kawasan itu akan digunakan untuk pembinaan TEL selama beberapa tahun, dan "pelaksanaan tidak akan dilakukan dalam masa terdekat". Kededua stesen dijangka dibuka menjelang 2024.



Undangan kepada perunding sektor swasta bertujuan menjana "idea-idea baharu bagi (Bayshore) untuk dibangunkan sebagai presint perumahan awam dan swasta pada masa hadapan yang menyokong hidup kurang kereta, dengan semangat masyarakat dan kelestarian alam sekitar", jelas jurcakap URA.



"Bilangan unit perumahan dijangka sebanyak 6,000 unit awam dan 6,500 unit swasta, dan masih dalam kajian." - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >