Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ecosoftt syarikat Singapura pertama diberi hadiah kemampanan Abu Dhabi

Jan 15, 2019 | 03:52 PM



SEBUAH syarikat setempat, Ecosoftt, telah mengharumkan nama Singapura dengan memenangi Hadiah Kemampanan Zayed (Kategori Air) di acara Minggu Kemampanan Abu Dhabi (ADSW) 2019.



Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad mendedahkan demikian menerusi laman Facebook beliau hari ini (15 Januari).



Menurut Encik Masagos, di bawah program Huraian bagi Penduduk Kurang Berkemampuan (SOUL), Ecosoftt telah berjaya mengubah kehidupan penduduk di sebuah kampung di Jabalpur, Madhya Pradesh, di India.



Ini telah memudahkan penduduk mendapatkan bekalan air serta meningkatkan tahap kebersihan dan pengurusan air sisa.



Encik Masagos berkata ini kali pertama sebuah syarikat Singapura diberikan Anugerah Zayed itu, yang meraikan huraian mampan, berinovasi dan berinspirasi.



Sebagai rakan industri ekosistem air Singapura, Ecosoftt juga telah bekerjasama dengan agensi air negara PUB dalam pelbagai projek.



Ecosoftt juga terus melabur dalam inovasi teknologi dan kini merupakan penerima geran pemerintah bagi menguji huraian mampan yang berinovasi.



Malah, PUB juga telah memperkenalkan huraian Ecosoftt kepada banyak negara membangun yang sedang berusaha mencari huraian untuk menangani cabaran air mereka.



“Saya berbesar hati... pelaburan kami telah berjaya menjadi pemangkin dalam melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu keenam berhubung Air Bersih dan Kebersihan – bukan sahaja di Singapura tetapi juga di luar negara lain,” kata Encik Masagos.



Dalam lawatan kerjanya ke Amiriah Arab Bersatu (UAE) itu, beliau juga telah menyaksikan pelancaran Pertukaran Inovasi Iklim (CLIX), satu daya usaha yang menyatukan golongan muda dan idea inovatif dari seluruh dunia untuk menangani perubahan iklim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >