Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Edaran pelitup guna semula percuma lancar

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



HARI pertama bagi usaha pengedaran percuma pelitup yang boleh digunakan semula berjalan dengan lancar semalam di beberapa lokasi.



Pelitup percuma itu adalah usaha Yayasan Temasek keenam bagi melindungi penduduk Singapura dengan lebih baik daripada Covid-19.



Dalam inisiatif itu, setiap penduduk boleh mendapatkan pelitup antimikrob yang mempunyai lapisan tengah penapisan N95 dengan kecekapan penapisan zarah lebih 95 peratus.



Mereka hanya perlu menekan nombor kad pengenalan mereka atau mengimbas kad pengenalan di mesin layan diri #StayMasked di seluruh Singapura.



Pelitup itu membolehkan pengguna lebih mudah bernafas berbanding pelitup N95 dan kekal mudah bernafas walaupun selepas dibilas berulang kali.



Ia mempunyai dua saiz – sederhana dan besar – serta diagihkan di tempat pengambilan yang ditetapkan seperti kelab dan pusat masyarakat dan pusat jawatankuasa penduduk.



Di Kelab Masyarakat (CC) Hougang, salah satu lokasi pengedaran yang juga pusat vaksinasi pediatrik, barisan untuk mengambil pelitup itu bergerak dengan cepat.



Ramai yang bercakap dengan The Straits Times (ST) berkata mereka ke sana bukan sahaja untuk mengambil pelitup, malah mendapatkan vaksin penggalak atau menghantar anak mendapatkan suntikan vaksin.



Penduduk juga mendapati proses adalah cepat dan senang, mengambil masa sekitar lima minit untuk beratur sebelum dapat mengambil pelitup kurang daripada seminit.



Beberapa penduduk yang mengambil vaksin juga tidak tahu bahawa pengedaran pelitup bermula semalam dan terkejut apabila boleh mengambilnya.



Pemandu bas, Encik Khor Kar Hoe, 27 tahun, berkata:



“Saya datang ke CC Hougang untuk mendapatkan vaksin penggalak tetapi saya ternampak barisan di mesin layan diri dan sedar saya juga boleh ambil pelitup itu”.



Encik Khor, yang telah mengambil pelitup boleh guna semula daripada usaha pengedaran Yayasan Temasek sebelum ini, berkata bahawa beliau tidak sabar mencuba saiz yang lebih besar kerana ia lebih selesa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >