Edaran token TraceTogether disambung semula di 38 CC mulai 18 Jan
SEBANYAK 38 kelab masyarakat dan balai rakyat (CC) yang sebelum ini menggantung pengedaran token TraceTogether, akan mula mengedarkan semula token itu pada Isnin (18 Jan), demikian dinyatakan dalam laman web TokenGoWhere.
Penduduk boleh memasukkan poskod mereka di laman web itu untuk mengetahui sama ada CC kawasan kejiranan mereka adalah salah satu daripadanya. Sebelumnya, edaran token itu digantung ekoran permintaan terlalu tinggi bagi token itu.
Token TraceTogether adalah sebahagian program TraceTogether untuk mempercepat penjejakan kontak serta meningkatkan ketepatannya. – ST.