Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Edisi cetak akhbar 'The New Paper' labuh tirai lepas 33 tahun, alih ke digital

Dec 11, 2021 | 05:30 AM



SETELAH 33 tahun, akhbar The New Paper (TNP) menerbitkan edisi cetaknya yang terakhir semalam, dan beralih ke wadah digital sepenuhnya mulai hari ini.



Peralihan itu merupakan sebahagian daripada misi SPH Media Trust untuk mempercepat rombakan digital bilik berita demi memenuhi pilihan pembaca dalam landskap media yang berubah pantas.



SPH Media Trust, sebuah syarikat awam berhad yang dijamin (CLG), telah mengambil alih perniagaan media Singapore Press Holdings (SPH) mulai 1 Disember lalu.



Ketua editor Kumpulan Media Inggeris, Melayu dan Tamil SPH Media, Encik Warren Fernandez, berkata TNP kini memulakan lembaran baru sebagai produk digital.



"Sepanjang perjalanan ini, ia telah kekal berhubung dengan pembaca menerusi cara baru, kekal berhubung dengan isu yang penting kepada pembaca, dan menyampaikan cerita dengan cara yang dekat kepada pembaca.



"Ini akan diteruskan, sedang TNP terus menyesuaikan diri untuk kekal relevan mengikut zaman," kata Encik Fernandez.



Editor TNP, Encik Lim Han Ming, dalam artikel muka depan semalam berkata apabila TNP dilancarkan pada 26 Julai 1988, tidak ramai yang menjangkakan ia akan bertahan 33 tahun dalam landskap media yang sentiasa berubah.



"Tetapi kami dapat bertahan kerana semangat dan dedikasi rakan kerja dahulu dan sekarang.



"Kami telah berubah, dan melalui banyak perubahan dalam tahun-tahun yang lalu.



"Kami bangga dengan cara unik penyampaian cerita kami yang dekat di hati pembaca, sama ada dalam berita, gaya hidup atau sukan," ujar Encik Lim.



TNP dilancarkan pada 1988 untuk melibatkan segmen pembaca bahasa Inggeris yang lebih luas.



Selama bertahun-tahun, mereka telah membangunkan reputasi untuk menjana laporan kreatif, grafik dan reka bentuk yang menarik, serta liputan sukan, jenayah dan hiburan.



TNP menjadi akhbar percuma pada Disember 2016, dan diedarkan di stesen MRT serata Singapura dari Isnin hingga Jumaat.



Berpegang teguh pada jenama penceritaan unik, TNP berharap dapat terus menyediakan khidmat kepada pembaca dengan lebih baik menerusi laman web yang diperbaharui.



Pembaca boleh mengikuti TNP di laman tnp.straitstimes.com.



Akhbar itu berkata ia akan terus menawarkan berita yang lebih mudah dibaca untuk membantu pembaca memahami apa yang sedang berlaku di Singapura dan serata dunia; serta liputan tentang kisah sosial dalam masyarakat.



Ketua digital Kumpulan Media Inggeris, Melayu dan Tamil SPH Media, Encik Eugene Leow, berkata: "Dengan menggunakan data penonton, media sosial dan video, pasukan TNP akan memanfaatkan kepakaran digital untuk membangkitkan minat penonton kami untuk cerita dalam zaman digital ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >