Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Edisi ketiga buku 'Jejak Warisan Geylang Serai' dilancar

Sep 19, 2021 | 05:30 AM



ORANG ramai kini boleh meneroka lebih banyak tempat menarik di kawasan Geylang Serai, yang kaya dengan warisan dan sejarah.



Tiga jejak warisan untuk mengenali kawasan Geylang Serai telah diketengahkan dalam edisi terkini buku Jejak Warisan Geylang Serai, yang telah dilancarkan semalam.



Antara tapak baru yang disenaraikan dalam edisi 2021-nya termasuk Pasar dan Pusat Makanan Eunos Crescent dan Galeri Warisan Serani.



Jejak warisan berjalan kaki itu turut menampilkan tempat ibadah seperti Kuil Geylang United dan tapak bersejarah seperti bekas tapak Panggung Wayang Galaxy di Onan Road.



Pelancaran buku Jejak Warisan Geylang Serai semalam adalah edisi ketiganya. Buku itu pertama kali diterbitkan pada 2016 dan kemudian pada 2019.



Sejak ia ditubuhkan pada 2015, Jejak Warisan Geylang Serai telah mengelolakan lebih 85 lawatan yang dipandu. Bagi edisi kali ini, lawatan secara maya juga diadakan, di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Jejak warisan itu anjuran Juara Integrasi dan Naturalisasi (Integration and Naturalisation Champions) (INC) Geylang Serai dan Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Geylang Serai, dengan sokongan Lembaga Warisan Negara (NHB).



Mayor CDC South East dan Anggota Parlimen bagi GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman melancarkan buku itu di Wisma Geylang Serai pagi semalam.



Encik Fahmi berkata: "Saya amat menggalak warga Singapura, baik yang muda atau tua, untuk meneroka Geylang Serai. Pandemik Covid-19 mungkin telah menghentikan perjalanan ke luar negara, tetapi kawasan setempat kita kekal dibuka untuk anda kunjungi. Inilah masanya untuk anda bukan sahaja mengembara di tanah air sendiri, tetapi juga menyokong perniagaan dan masyarakat setempat kita."



Turut hadir di majlis pelancaran semalam ialah rakan kongsi jejak warisan. Antaranya ialah Masjid Khalid, yang ditubuhkan pada 1917, dan telah menjadi tapak penting bagi keharmonian kaum menerusi kerjasamanya bersama gereja dan kuil, antara lain.



Ditanya mengapa masyarakat umum mesti menyertai jejak warisan ini, naib pengerusi dua Masjid Khalid, Encik Mohamed Ariffin Mohamed Kawaja Kamaludin memberitahu Berita Minggu:



"Anda akan dapat hargai keindahan sebenar Geylang Serai. Walaupun saya telah lama menjadi relawan di Masjid Khalid, masih banyak lagi yang saya tidak tahu tentang kawasan ini... Anda juga tidak hanya akan pelajari tentang kaum Melayu yang ada di sini tapi juga sumbangan bangsa dan agama lain di kawasan Geylang ini."



Encik Fahmi semalam juga melancarkan satu pencarian harta karun secara maya, yang dipanggil 'Serai Hunt'.



Dianjurkan Rangkaian Belia Geylang Serai, inisiatif itu bertujuan mengajak peserta belajar mengenai warisan Geylang Serai menerusi petunjuk yang didedahkan dalam saluran Telegram-nya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >