BERITA Harian (BH) adalah nadi masyarakat Melayu yang inklusif dan telah memainkan peranan penting dalam kemajuan masyarakat sepanjang bertahun lamanya.
Akhbar ini juga teguh dalam misinya dengan memainkan peranan utama dalam pembangunan masyarakat, selangkah dengan masyarakat secara keseluruhannya, selain menggalak, memberi motivasi, serta inspirasi kepada masyarakat untuk bersepadu dan menyumbang kepada negara.