Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Editor TOC akan didakwa atas kesalahan fitnah jenayah

Dec 12, 2018 | 06:26 PM



EDITOR laman sosio-politik The Online Citizen (TOC) Xu Yuan Chen dan seorang penyumbang laporan kepada laman itu, De Costa Daniel Augustin, akan didakwa di mahkamah esok atas kesalahan fitnah jenayah berhubung laporan yang melibatkan komen oleh Anggota Parlimen (AP), Encik Seah Kian Peng.



De Costa juga akan menghadapi satu lagi tuduhan akses tidak dibenarkan kepada bahan komputer di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer kerana menggunakan akaun emel orang lain.



Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah membuat laporan polis pada 5 Oktober lalu bagi satu laporan TOC bertajuk ‘The take away from Seah Kian Ping’s Facebook post’.



Laporan itu, yang tajuknya salah eja nama Encik Seah, diterbitkan pada 4 September lalu dan penulisnya dinamakan "Willy Sum".



Laporan itu melibatkan respons yang dibuat Encik Seah dalam Facebook mengenai pertemuan antara beberapa aktivis Singapura dengan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos lalu dan membuat dakwaan rasuah terhadap beberapa individu.



Polis telah menjalankan siasatan di rumah Xu dan juga "Willy Sum" pada 20 November lalu.



Semasa menyiasat rumah "Willy Sum", mereka menemui bukti yang menunjukkan bahawa laporan itu tidak ditulis olehnya, kata polis dalam kenyataannya.



Sebaliknya, ia ditulis oleh De Costa yang menggunakan nama "Willy Sum".



"Siasatan menunjukkan De Costa telah menghantar laporan itu kepada TOC menggunakan akaun emel "Willy Sum" tanpa kebenaran "Willy Sum".



"Xu, editor TOC, menerbitkan laporan itu di laman tanpa mengesahkan identiti penulisnya," kata polis.



Polis menambah bahawa mereka memohon bagi waran pencarian terhadap De Costa pada hari yang sama setelah mereka mendapati laporan itu kemungkinan ditulisnya dan bukan "Willy Sum".



Apabila polis tiba di rumahnya pada 2.50 petang, De Costa didapati sedang meninggalkan rumah untuk penerbangan yang dijadualkan berangkat pada 3.45 petang.



Bagi kesalahan fitnah jenayah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kededuanya.



Bagi kesalahan akses tidak dibenarkan kepada bahan komputer, De Costa boleh dikenakan denda tidak melebihi $5,000, atau penjara sehingga dua tahun, atau kededuanya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >