Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Edwin Tong, Fandi berentap dalam futsal amal kumpul $110,000

Sep 24, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, dan legenda bola sepak Fandi Ahmad berkongsi padang dalam satu perlawanan futsal amal yang berjaya mengumpul $111,000.

Ini adalah kali pertama ia diadakan sejak dua tahun lalu di sebabkan pandemik Covid-19.

Dalam acara pada Sabtu lalu, Encik Tong beraksi dalam acara Futsal Amal Singapore Exchange Bull Charge menentang pasukan bekas pemain Singapura.

Selain Fandi, turut turun padang ialah Aide Iskandar, Lionel Lewis, Malek Awab dan Nazri Nasir.

Bekas penyerang Singapura Aleksandar Duric dan Indra Sahdan Daud pula menyertai pasukan Encik Tong.

Selain itu, duo bapa-dan-anak selebriti Mediacorp, Zheng Ge Ping dan Calvert Tay turut beraksi bersama artis lain dalam perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Kovan itu.

Sebanyak 31 pasukan mengambil bahagian dalam acara futsal amal itu, menurut satu kenyataan SGX.

Dana yang dikumpul akan diagihkan melalui Community Chest kepada lima benefisiari termasuk AWWA Ltd, Persatuan Autisme Singapura, Khidmat Masyarakat Fei Yue, Perkhidmatan Masyarakat HCSA dan Khidmat Bersama untuk Amal.

Ini merupakan tahun ketujuh acara sebegini diadakan sebagai sebahagian daripada acara tahunan SGX Bull Charge.

Pengerusi penganjur acara dan Ketua Pendapatan Tetap, Mata Wang & Komoditi SGX Group, Encik Lee Beng Hong, berkata:

"Kami gembira dapat kembali dengan Futsal Amal Singapore Exchange Bull Charge, membawa masyarakat bersama untuk hari yang bermakna bagi kesukanan dan keterangkuman.

"Kami percaya bahawa 'Lebih Baik Melakukannya Bersama-sama' - dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada penaja korporat dan rakan kongsi kami, penerima manfaat kami akan terus menjadi pemenang di dalam dan di luar padang".

SGX Cares bertujuan untuk mencipta impak positif dengan mengaktifkan kuasa masyarakat. Bull Charge, inisiatif pengumpulan dana utama, telah mengumpulkan lebih $44 juta sejak 2004 untuk lebih daripada 50 badan amal serta untuk pelbagai tujuan melalui sokongan penaja korporat dan rakan kongsi daripada masyarakat kewangan antarabangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >