Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Edwin Tong: SG punyai struktur hubungan kaum asas yang berkesan

Beliau sangkal isu perkauman telah meningkat di SG; Setiap generasi perlu pendekatan segar dalam menangani isu perkauman
Jul 15, 2021 | 05:30 AM



TIDAK mungkin ada peningkatan dalam isu atau pertikaian mengenai kaum di negara ini, tetapi mungkin terdapat tahap kesedaran lebih tinggi tentang perkauman ekoran media sosial, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.



Encik Tong menarik perhatian Singapura mempunyai struktur hubungan kaum asas yang berkesan sejauh ini, namun setiap generasi baru diiringi dengan cabaran baru yang memerlukan pendekatan segar dalam menangani isu perkauman.



Beliau juga menekankan dengan memansuhkan sebarang kumpulan bantu diri dalam setiap bangsa atau sebarang klasifikasi perkauman, tidak akan menghilangkan hakikat wujudnya perbezaan kaum.



Sebaliknya, kumpulan ini atau dasar yang bersangkutan, seperti Dasar Integrasi Etnik (EIP), menyatupadukan masyarakat dan tidak memecah belahkan mereka.



Encik Tong, yang juga Menteri Kedua Undang-Undang dan pengerusi Jawatankuasa Memandu mengenai Keharmonian Kaum dan Agama, berkata demikian dalam satu webinar dalam talian anjuran The Straits Times (ST), semalam.



Webinar bertajuk 'Keharmonian dan Hubungan Kaum' telah mengupas pelbagai persoalan berkaitan dengan isu perkauman yang diajukan para pembaca.



Menyangkal tanggapan bahawa isu perkauman telah meningkat di Singapura, Encik Tong menjelaskan sementara kita meraih manfaat daripada dasar yang menggalak percampuran kaum, namun masyarakat hari ini berdepan dengan beberapa cabaran - seperti kehadiran media sosial dan pengaruh antarabangsa.



"Peningkatan media sosial, keterhubungan Internet dengan lebih ramai yang terhubung, saya fikir bukan menyebabkan lebih banyak insiden (perkauman) tetapi menarik perhatian tentang insiden itu," ujarnya.



Kata beliau, masyarakat setempat juga tidak terkecuali daripada pengaruh antarabangsa dan tidak boleh bersikap lali.



"Adalah penting untuk kita menangani isu-isu ini dan dengan setiap generasi, anda harus mencari keseimbangan baru.



"Jadi struktur keharmonian dan hubungan perkauman asas kita sudah ada dan telah berkesan. Namun dengan setiap generasi baru dan setiap cabaran baru...keseimbangan harus dicari dengan cara berbeza.



"Kita harus meneliti hal ini pada jangka lebih panjang. Saya tidak fikir isu perkauman telah meningkat ketika ini kerana sesuatu insiden yang meledak, tetapi saya boleh katakan ia disebabkan beberapa isu," terang beliau.



Bersetuju, Anggota Parlimen Dilantik (NMP) yang juga anggota Majlis Belia Nasional, Dr Shahira Abdullah berpendapat media sosial mempunyai kesan mendalam dalam hubungan perkauman.



Ini lebih-lebih lagi dalam pandemik sekarang, ramai membaca kandungan dalam talian lantas menggunakan pengalaman di luar negara serta lebih berani menyuarakan pandangan mereka dalam talian.



"Jadi, dalam hal ini, apa yang tidak pernah timbul atau tidak disorot, akan diketengahkan dengan lebih kerap.



"Maka itu, mungkin tidak ada peningkatan dalam isu perkauman, tetapi hanya lebih banyak perkongsian dan kesedaran dan lebih ramai menyertainya," tambah Dr Shahira, juga konsultan bersekutu dan pakar ortodontik di Hospital Khoo Teck Phuat.



Mengenai perlunya meneruskan dasar berkait kumpulan bantu diri berdasarkan masyarakat, Encik Tong menekankan kumpulan itu - seperti Yayasan Mendaki dan Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda) - membantu semua lapisan dan bukan satu masyarakat sahaja.



Katanya, terdapat gesaan agar memansuhkan klasifikasi perkauman atau kumpulan bantu diri, namun beliau tidak fikir ini akan menghilangkan hakikat adanya perbezaan kaum di Singapura.



Sebaliknya, kata Encik Tong, kita boleh menggunakan data yang diperolehi daripada klasifikasi ini untuk meneliti prestasi dan membantu memperuntukkan sumber bagi menolong segmen lebih memerlukan.



Encik Tong memberi contoh EIP, yang dibahaskan di Parlimen baru-baru ini, sebagai satu dasar yang penting dan berusaha untuk menyepadukan masyarakat.



Berkongsi pendapat serupa, seorang lagi ahli panel, Encik Hafez Sorouri Zanjani, aktivis akar umbi berkata kumpulan bantu diri mempunyai tukikan tersendiri dan sentiasa bersedia untuk berkongsi pengalaman.



"Kita pada akhirnya memang berbeza dan berpelbagai tetapi apabila anda bertemu dengan seorang yang serupa dengan anda, ia mempunyai kesan apabila cuba untuk menolong atau mendapat bantuan," terangnya.



Saranan untuk mengadakan perbincangan membina mengenai isu perkauman dalam talian turut disentuh panel itu.



Encik Tong berkata pertukaran pandangan adalah permulaan untuk seseorang memahami isu perkauman kerana tanpa pemahaman, keharmonian tidak boleh berlaku.



Ini termasuk mempunyai nilai kejiranan, yang membuka laluan kepada persahabatan antara jiran sekaligus membina persefahaman.



Beliau memberi contoh satu jalan di kawasan undinya, Jalan Bintang Tiga, yang dikenali jalan paling mesra - jiran tetangga mengenali satu sama lain dan persahabatan itu telah membantu mengurangkan banyak pergeseran dan pertikaian.



"Prinsip utamanya ialah, lebih banyak anda tahu tentang seseorang dari kaum dan budaya lain, anda lebih mudah menerimanya kerana ia menjadi sesuatu yang peribadi bagi anda... Undang-undang menyediakan rangka kerja apa yang anda tidak boleh lakukan tetapi ia tidak memberitahu kita apa yang harus kita lakukan.



"Ini harus datang dari masyarakat itu sendiri..." tambah beliau.



Sementara itu, Encik Tamilavel, editor berita dan editor digital akhbar Tamil Murasu, berpandangan bahawa masa telah berubah dan generasi baru mahupun lama lebih bersedia menerima perbincangan mengenai perkauman.




"Peningkatan media sosial, keterhubungan Internet dengan lebih ramai yang terhubung, saya fikir bukan menyebabkan lebih banyak insiden (perkauman) tetapi menarik perhatian tentang insiden itu... Adalah penting untuk kita menangani isu-isu ini dan dengan setiap generasi, anda harus mencari keseimbangan baru. Jadi struktur keharmonian dan hubungan perkauman asas kita sudah ada dan telah berkesan. Namun dengan setiap generasi baru dan setiap cabaran baru...keseimbangan harus dicari dengan cara berbeza."
- Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.



"Dalam hal ini (pengaruh media sosial), apa yang tidak pernah timbul atau tidak disorot, akan diketengahkan dengan lebih kerap. Maka itu, mungkin tidak ada peningkatan dalam isu perkauman, tetapi hanya lebih banyak perkongsian dan kesedaran dan lebih ramai menyertainya."
- Dr Shahira Abdullah, Anggota Parlimen Dilantik (NMP) yang juga konsultan bersekutu dan pakar ortodontik di Hospital Khoo Teck Phuat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >