Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBICARAAN KES BUNUH ISTERI, ANAK

Ejen hartanah tidur dengan mayat isteri, anak

Jul 03, 2019 | 05:30 AM



SEMINGGU sebelum Tahun Baru Cina pada 2017, ejen hartanah Teo Ghim Heng yang dibelit hutang keliling pinggang mencekik isterinya yang hamil enam bulan serta anak mereka yang berumur empat tahun.



Dia tidur di katil sama dengan mayat isteri dan anak perempuannya itu selama seminggu di flatnya di Woodlands, dengan alat hawa dingin dihidupkan untuk melambatkan proses reputan mayat tersebut.



Dia mencari cara untuk bunuh diri di Internet dan hanya meninggalkan flatnya untuk membeli makanan dan penyegar udara.



Dia kemudian membakar mayat itu dan cuba bunuh diri tetapi rancangannya itu terbantut kerana api terlalu panas baginya.



Teo turut memberi alasan apabila keluarga isterinya bertanya tentang wanita itu dan akhirnya menghubungi polis pada hari pertama Tahun Baru Cina.



Butiran kematian tragik isteri Teo, Cik Choong Pei Shan, 39 tahun, dan anaknya, Zi Ning, serta bayi dalam kandungan Cik Choong dikemukakan di mahkamah semalam sedang pihak pendakwa membentangkan kes mereka terhadapnya pada hari pertama perbicaraan kes tersebut.



Teo, 43 tahun, menghadapi dua tuduhan membunuh isteri dan anaknya pada 20 Januari 2017 dengan niat menyebabkan kematian.



Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum gantung.



Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Teo kerap berjudi dan mempunyai hutang sekurang-kurangnya $120,000 pada hujung 2016. Dia tidak memberitahu isterinya tentang hutangnya itu.



Dia turut menyenaraikan flatnya untuk dijual dan bekerja sebagai penyelaras jualan.



"Tertuduh berasa Pei Shan seharusnya menyumbang kepada pendapatan keluarga dengan bekerja.



"Dia juga belum memaafkan isterinya sepenuhnya bagi satu hubungan luar nikah yang beliau jalin beberapa tahun lalu dan mengesyaki bahawa Zi Ning bukan anak kandungnya," kata Timbalan Pendakwa Raya Han Ming Kuang.



Menurut kenyataan Teo kepada polis, dia dan Cik Choong, seorang suri rumah, bertengkar pada 18 Januari 2017 tentang masalah kewangan.



Dua hari kemudian, pasangan itu bertengkar lagi dan dia menggunakan tuala untuk mencekik Cik Choong selama 15 minit.



Kemudian, dia menggunakan tangannya dengan mencekik wanita itu sehingga beliau tidak bernafas lagi.



Teo melakukan perkara sama kepada anaknya.



Tiga hari kemudian, rakan kerja Teo melawatnya di rumah kerana dia tidak ke tempat kerja tetapi dia enggan membuka pintu.



Dia terus berbohong kepada keluarganya dan keluarga isterinya.



Namun, pada hari pertama Tahun Baru Cina pada 28 Januari 2017, saudara Cik Choong, Encik Gordon Choong, datang ke flat Teo dan Cik Choong namun Teo tetap tidak membuka pintu.



Selepas Teo menghubungi ibu dan ibu mentuanya, keluarga Cik Choong menjadi sangsi dan kembali ke flat itu. Ketika itulah Encik Choong menghidu bau busuk dan menghubungi polis.



Sebelum pegawai bomba memaksa buka pintu flat itu, Teo membuka pintu dan memberitahu Encik Choong dengan tenang bahawa Cik Choong sudah meninggal dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >