Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Ejen Kejayaan' tarik penduduk ikuti program M³@Toa Payoh

Apr 26, 2021 | 05:30 AM



PENDUDUK Toa Payoh kini boleh menyertai program celik kewangan dan bengkel mengenai perniagaan dari rumah (HBB) menerusi bandar rangkaian M Kuasa Tiga (M³@Bandar) baru di estet itu, yang dilancarkan semalam.



M³@Toa Payoh adalah M³@Bandar ke-11, yang bertujuan menggembleng tenaga individu dan masyarakat untuk menyampaikan khidmat lebih baik kepada golongan memerlukan di kawasan kejiranan.



Program-program itu akan dilancar selepas Ramadan ini



Bagi menyokongi usaha tersebut, Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, melantik 10 'Ejen Kejayaan' bagi mendekati penduduk menerusi program-program itu.



"Kami berpendapat amat baik jika keluarga Melayu/Islam dapat menyediakan diri buat masa depan dengan mempertingkat daya bingkas dan literasi kewangan serta perniagaan dari rumah agar mereka dapat menyesuaikan diri (dalam mengharungi keadaan semasa) dan mencapai kestabilan ekonomi," kata beliau semasa pelancaran di Kelab Masyarakat Toa Payoh East itu.



Menurutnya, Ejen Kejayaan datang daripada pelbagai lapangan kerjaya dan latar kehidupan, antaranya kakitangan awam, guru, pensyarah serta anggota pasukan berseragam.



"Mereka individu komited dan cekap yang rela menyumbang masa dan bakat untuk berbakti kepada masyarakat dan menaikkan taraf kehidupan penduduk," ujar beliau.



Tugas Ejen Kejayaan dan relawan M³@Toa Payoh sudah bermula, kata Encik Saktiandi, merujuk kepada bengkel celik kewangan dan HBB semalam serta usaha mendekati penduduk bagi memahami keprihatinan mereka.



Rangka kerja M³ merupakan hasil kerjasama Majlis Ugama Islam (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



M³@Toa Payoh dipimpin seorang relawan akar umbi Toa Payoh East, Encik Mohamed Fauzan Haji Siraj, seorang pensyarah Institut Pendidikan Teknikal (ITE), dengan disokongi 24 relawan.



Encik Mohamed Fauzan berkata pihaknya bercadang mengadakan lebih banyak program, termasuk bengkel pengurusan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan khidmat nasihat berkaitan Surat Kuasa Berkekalan (LPA) kepada penduduk.



"Kami juga akan mengadakan roadshow dan beberapa usaha promosi lain untuk mendapatkan lebih ramai relawan," katanya ketika ditemui Berita Harian semalam.



Turut hadir di majlis pelancaran itu ialah tiga lagi AP GRC Bishan-Toa Payoh - Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen; Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat; dan Encik Chong Kee Hiong.



Dalam ucapannya, Dr Ng berkata pemerintah sedar akan keadaan semasa yang penuh ketidakpastian, merujuk kepada gelombang baru jangkitan Covid-19 di lain negara, yang akan turut menjejas perniagaan di sini.



"Dengan itu saya rasa pelancaran M³@Toa Payoh hari ini (semalam), termasuk program-program sedia ada, akan dapat membantu 11,000 penduduk Melayu/Islam di sini (Bishan-Toa Pahoh), bukan bagi jangka pendek sahaja, bahkan panjang," ukar Dr Ng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >